BENARKAH DATUK SALLEH BERPELUANG MENDUDUKI KERUSI KETUA MENTERI SABAH ?


DATUK SALLEH SAID KERUAK, ADALAH ANTARA PEMIMPIN YANG DISEBUT MEMPUNYAI PELUANG CERAH MENDUDUKI SEMULA KERUSI KETUA MENTERI SABAH.



Jika takwim "waktu awam" diambil perkiraan dalam menggambarkan jarak dan tempoh PRU-13, maka ia ternyata masih jauh, namun jika tempoh itu dibicarakan berdasarkan takwim "waktu ahli politik", justeru PRU-13 itu nyata sudah semakin dekat, biarpun takwim waktu awamnya memakan masa 2 tahun lagi. Kerana itu di mana-mana daerah perbukitan, juga daerah pedalaman dan daerah tanah datar di Sabah, sudah kedengaran pelbagai isu politik , ibarat "Semalam yang hangat"terutama apabila dikatakan diteropong melalui "Biru mata Hitam" ahli politik tertentu. Maka antara yang kedengaran ialah "perlucutan lisan rakyat" Jawatan Ketua Menteri Sabah. Kononnya Datuk Musa Aman tidak akan menjadi Ketua Menteri lagi sejurus selepas PRU-13. Gambaran yang diberikan ini seolah-olah Datuk Musa Aman 'gagal' membangunkan jiwa dan kesatuan UMNO Sabah. Golongan ini mengandaikan yang demikian, biarpun nyata itu hanyalah spekulasi murahan yangh tidak ada hujung pangkalnya.

BENARKAH DATUK MUSA AMAN DIKATAKAN MENGUTAMAKAN KRONI DAN PROKSI SERTA GAGAL MERALISASIKAN PENYATUAN UMNO SABAH?


Sebagai membenarkan perlucutan lisan itu, maka ditiupkan juga angin perubahan dengan membawa calon pengganti yang dikatakan lebih sesuai. DI Pantai Barat Utara yang mendukung semangat USBO, sandaran diletakkan di bahu Datuk Salleh Said keruak. Mereka menyifatkan bahawa DSSK berkemampuan menduduki kerusi tertinggi esekutif itu. Di Samping pengalaman sebagai mantan Ketua Menteri, mantan Timbalan Ketua Menteri, mantan AMT UMNO, dan pelbagai lagi 'kemantannya', beliau juga dikatakan pemimpin muda yang mampu mencanang pelbagai wawasan dan gagasan pembangunan buat negeri Sabah. Rekod ketika menjadi Ketua Menteri, dengan bersandarkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah serta kejayaan beberapa program kerajaan yang telah menarik minat pelabur-pelabur asing, membuktikan kemampuan tokoh keluaran Kota Belud itu. Selain itu pendekatan dalam UMNO Sabah ketika menjadi Pengerusi perhubungan UMNO Sabah serta hubungan erat dengan ramai pemimpin Kuala Lumpur akan memberikan advantage politik buat DSSK yang membolehkan penyenaraian namanya sebaagai 'bakal' Ketua Menteri Sabah.


DATUK SERI SHAFIE AFDAL DI SEBUT-SEBUT BAKAL KETUA MENTERI SABAH


Tidak hanya di Kota Belud, Isu Siapa Ketua Manteri selepas Musa Aman ? juga dibicarakan sebegitu hangat di sebelah pantai Timur. Rumpun USBO juga suku Bugis dan Sungai di Tawau, Semporna, Beluran , Lahad Datu mempunyai persepsi yang berlainan. Mereka sepakat mengangkat Datuk Shafie Afdal sebagai bakal Ketua Menteri. Kelayakkan tokoh ini disandarkan kepada pencapaiannya selaku menteri Pusat hampir 20 tahun. daripada Timbalan ketua manteri hinggalah menjadi menteri penuh yang menyaksikan beberapa Portfolio penting Kementerian di serahkan kepada tokoh ini.Antaranya ialah Menteri Pertahanan, Menteri Hal ehwal pengguna dan terbaru Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Namun yang menjadi penguat kepada hujah danpendirian mereka ini ialah, apabila Kemenangan Datuk Shafie Afdal sebagai Naib Presiden UMNO, satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh tokoh politik dari Sabah sebelum ini. Membuktikan bahawa kepimpinan dan kewibawaan Datuk Shafie diterimapakai oleh Kuala Lumpur terutama PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka yang sesungguhnya, 'kegagalan' Musa Aman merealisasikan penyatuan UMNO Sabah, menjadi titik tolak kepada pelucutan lisan rakyat terhadap pemimpin itu sebagai ketua Menteri Sabah.


Tidak cukup dengan itu, ada juga desas-desus bahawa akan berlaku perubahan yang mengejutkan dalam politik Sabah. DSSK dan DSA dikatakan tidak akan menduduki kerusi nombor satu negeri itu, bahkan kata mereka, antara tokoh yang menjadi sebutan ialah Bendahari UMNO Sabah , Datuk Hajiji Hj Noor. Kononnya sudah ada gerakan melobi untuk membenarkan percaturan itu. Nama-nama seperti datuk yahya Hussin, Datuk Sapawi Ahmad, Datuk Masidi Manjun dan Tokoh politik penuh kontrovesi Datuk Lajim Ukin termasuk dalam team Datuk Hajiji ini. Sama ada benar atau tidak, nyata isu dan cerita ini telah mula merebak dalam internet dan media massa cetak.


Meninggalkan isu perebutan dan percaturan kerusi Ketua Menteri ini, isu Parti SAPP yang mendesak supaya sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan semula, nyata memeranjatkan para pemimpin di Sabah. Walaupun SAAP adalah merupakan parti kaum Cina yang mempunyai beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Sabah, namun tindakannya Keluar dari BN atas alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan Pak Lah pada ketika itu telah menyebabkan parti itu bergolak. Maka apakah saranan SAPP ini akan turut mempengaruhi calon Ketua Menteri selepas Datuk Musa Aman?atau adakah isu ini membuktikan bahawa SAAP hanya memperjuangkan kepentingan politik sempit mereka..?

Apapun cerita di sebalik kerusi ketua Menteri ini, namun tidak kurang juga sokongan yang diberikan kepada Datuk Musa Aman untuk terus menerajui kepimpinan negeri. Antara yang menjadi isu panas ialah saranan ADUN SULABAYAN Datuk Haji Harman supaya Datuk Musa Aman dianugerahkan sebagai "bapa pembangunan Sabah". Cadangan ini dianggap sebagai menutup kelemahan ketua menteri itu, kerana bukan lagi rahsia umum bahawa Datuk Musa Aman dikatakan hanya 'menghidupkan' kroni dan proksinya selain usaha menyusun barisan kepimpinan Umno Sabah mengikut telunjuk kelingking politiknya. Sama ada Pelucutan lisan Rakyat terhadap Datuk Musa Aman ini menjadi kenyataan atau tidak, nyata Sabah sudah ada calon yang berkelayakan yang boleh disenaraipendekkan oleh Kuala Lumpur..Terpulang kepada Pucuk Pimpinan Umno,mendengar suara peringkat akar umbi, yang menawarkan pelbagai bentuk cerita sensasi politik Sabah.

http://kelapamawar.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.