Umno nyanyuk, guna taktik murahan – Khalil
Oleh Nor Ani Karma
KERIAN – Pelbagai strategi dan perancangan diatur oleh Umno dalam usaha mengaib serta memecah-belahkan hubungan Pas, PKR dan DAP di bawah satu bumbung Pakatan Rakyat (PR).
Setiausaha Majlis PR Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, mereka menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata masyarakat termasuk pendekatan melalui media arus perdana serta dalam masa sama mengupah pelakon tambahan bagi menjayakan rancangan licik mereka melemahkan PR.
“Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor mendesak parti itu keluar daripada PR negeri kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.
“Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah menggambarkan betapa PR sudah dalam keadaan benar-benar tersepit serta dalam kedudukan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh Umno itu,”katanya ketika dihubungi FreeMalaysiaToday, di sini, hari ini.
Khalil berkata, beliau suka ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan dangkal yang semakin menenggelamkan Umno di negeri Selangor khususnya.
Katanya, tindakan Umno menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘kami tidak rela Pas jadi boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kami desak Pas keluar Pakatan Rakyat, jangan musnahkan amanah yang diberikan rakyat dan jangan jadi kuda tunggangan Anwar’ sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat.
“Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh menggambarkan itulah hasrat dan perangai ahli Pas yang kononnya bencikan sangat kepada PR.”
“Sebaliknya itulah kebimbangan Umno yang dibawa oleh kumpulan tersebut bahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sangat takut dan bencikan PR, apalagi periuk mereka nanti akan diisi dengan pasir bila mereka kalah dan tersungkur nanti,”katanya lagi.
Beliau berkata, kejayaan PR melangsungkan satu konvensyen kali pertama yang bersejarah dan ianya berlaku di Selangor menambahkan lagi kebimbangan Umno dan BN.
“Kekuataan PR yang menjadi pilihan utama rakyat sehingga akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan bahawa pada PRU ke 13 PR akan menduduki Putrajaya, itulah sebenarnya pokok persoalan dan kebimbangan Umno-BN.
"Mereka nampaknya sudah semacam hilang pedoman dan melakukan apa saja langkah untuk menyerang PR walaupun dalam banyak hal rakyat sebenarnya menilai dan mentertawakan Umno-BN yang sudah "tua" dan "nyayuk" itu,”tegasnya.

No comments
Post a Comment