Najib tak berani tubuh Suruhanjaya siasat Mahathir

Kerajaan Barisan Nasional tidak akan menubuhkan apa-apa Suruhanjaya Siasatan DiRaja kerana pemimpin nombor satu negara Najib Abdul Razak sendiri merupakan seorang tokoh yang kontroversial, terpalit dengan perbagai dakwaan salah laku rasuah.

"Saya percaya beliau (Najib) tidak berani tubuh Suruhanjaya Siasatan itu," kata Ahli Parlimen Keadilan – Padang Serai, N Gobalakrishnan kepada Free Malaysia Today, hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri di Sabah semalam.

Ketika berucap kepada para pemberita selepas merasmikan kongres tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah ke 14 di Kota Kinabalu, Najib berkata, "selalu benar ada desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk setiap perkara yang berlaku."

Najib berkata demikian ekoran dari desakan daripada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang supaya ditubuhkan Suruhanjaya itu bagi menyiasat dakwaan pengarang Barry Wain dalam bukunya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam bukunya bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", Wain mendakwa Dr Mahathir telah mengakibatkan Malaysia kerugian sebanyak RM100 bilion kerana rasuah dan membina projek-projek mega dalam tempuh 23 tahun pemerintahannya.

Menurut Gobalakrishnan, Najib sekali-kali tidak akan menubuhkan Suruhanjaya itu atau mana-mana Suruhanjaya bagi menyiasat salah laku Dr Mahathir atau pemimpin-pemimpin yang lain.

"Ini kerana Najib seolah-olah akan membuka pintu siasatan ke atas beliau (Najib) sendiri kepada perdana menteri yang akan menggantikan beliau kelak," terang Gobalakrishan.

Menurut beliau, Najib adalah seorang perdana menteri yang paling korup dalam sejarah tanah air, melebihi Dr Mahathir.

Memandangkan Dr Mahathir adalah mentornya maka Najib tidak akan mengambil sebarang tindakan.

Dr Mahathir pula, kata Gobalakrishnan, adalah seorang petualang yang bertanggungjawab merosakkan ekonomi Malaysia dengan merampuk kekayaaan negara menerusi hasil mahsyul Petronas, perlakuan rasuah, ketirisan dalam projek-projek rundingan terus, pembinaan projek-projek raksasa dan banyak lagi.

No comments

Powered by Blogger.