Makna universiti pada pandangan “Si Jahil”
rafael1
Oleh: Johan Satira*
Hidup di universiti sememangnya menarik dan merupakan pengalaman yang jarang sekali dilupakan oleh warganya. Tak kira ilmu apa yang diambil , bahasa apa yang diajar, guru mana yang dikejar, universiti sememangnya tempat manusia mencorak satu sejarah dalam kamus hidup mereka.
Ilmu sebagai pencerahan merupakan elemen penting dalam konotasi ‘universiti’ pada awal-awal terma itu digunakan. Saat ahli falsafah Greek, Socrates menghuraikan makna alam kepada Aristotle dan murid-murid yang lain, kumpulan itu semakin membesar-membesar dan membesar; hanya kerana pencerahan dan kesegaran pemikiran bawaan Socrates. Maka dari situlah wujudnya terma Latin ‘universitas’ rangkuman pelbagai fakulti dengan lapangan ilmu tersendiri. Universiti dalam erti kata sebenar ialah suatu tempat manusia mencari makna alam dan membuat pencerahan bagi manusia sejagat. Dari universitilah manusia meneroka idea dan pandang sisi yang baru tentang sesuatu masalah, masalah dan masalah. Dari universiti jugalah ‘manusia’ mengajar ‘manusia’ menjadi ‘manusia’.
Kebebasan berakademik
Tidak pasti kenapa universiti yang indah ini tidak memungkinkan manusia mengajar manusia menjadi manusia. Dan tidak pasti juga kenapa universiti pada ketika pembangunan dan prestasi negara yang akan jatuh merudum, ekonomi dunia hampir putus asa mencari teori yang terbaik, iklim sosiologi sejagat yang berselirat bermasalah; masih ada lagi tidak faham bahawa universiti merupakan tempat manusia mencari makna alam dan membuat pencerahan bagi sejagat.
Pencerahan dan ilmu yang berguna hanya akan didapati dengan cedukan dari guru-guru yang terbaik. Guru-guru yang terbaik ialah guru-guru yang akan bercakap tentang kebenaran dan apa yang dirasakan ianya salah dan betul mengikut taraf ilmu dan pendapatnya. Guru-guru yang terbaik juga tidak akan mengenal halangan sama ada wang ringgit, mogokan dan sogokan rakus penguasa mahupun caci maki si jahil di jalanan kerana dia tahu ilmu yang diungkapkannya ada betul dan asasnya walaupun dilihat dangkal dan salah pada fikiran si jahil jalanan.
socrates1
Seperti Socrates yang tetap pada pendiriannya malah tidak mahu menafikan ilmu lebih dari kebenaran palsu yang lain. Socrates lebih suka memilih untuk mati keracunan dengan ‘hemlock’ berbanding menurut kata pemerintah tatkala sarjana itu mengkritik ‘demokrasi’. Socrates sememangnya “guru-guru yang baik”.
Cerita si jahil
Ya, si jahil dijalanan memang suka saja mengkritik dan menafikan apa yang guru-guru yang terbaik ini katakan, malah menekan dan memilih untuk menghapus terus kata-kata pencerahan dari umum dan khalayak.
Kadang-kadang “si jahil” tidak duduk dijalanan, tetapi duduknya di bangku pemerintah. Kalau tidak pemerintah sebuah kerajaan pun, ianya mungkin pemerintahan sebuah universiti. Maka tak kala “si jahil jalanan” diduduk dikerusi pemerintahan “bangsawan kuasa dan pengaruh”, maka jadilah sebuah universiti itu “sebuah jalanan kontang, busuk dan kotor, tetapi dipandang terhormat di mata-mata di kawanan jahil yang lain”.
Lalu nilai-nilai sejagat sebuah universiti tadi, dari “membawa pencerahan dan mencari makna alam” akan dinafikan. Lalu pelbagai wacana-wacana dan aktivi pencerahan akan dinafikan hak, perilaku “si jahil” itu terbawa-bawa walau dia duduk di kerusi “pemerintah bangsawan dan pengaruh”.
“Si Jahil” meminta “Si Jahil yang lain” menurut perintah kejahilannya. Maka “Si Jahil yang lain” pula terus mengikut dengan penuh kejahilan lalu musnahkan seluruh wacana-wacana ikhlas kearah pencerahan seperti “monyet-monyet hutan mendapat bunga”. Tidak tahu makna bunga, malah tidak menghargai dan menghancurkan kelopak-kelopak bunga. Tidak dinafikan “Si Jahil” dan “Si Jahil yang lain” ialah “kawanan monyet-monyet hutan” yang masih tidak cukup makanan alam dan nilaian murni. Pisang emas diimpi, menjaga tunasnya gagal sekali. Namun itulah realiti universiti masa kini. Bersifat “Jahil” dan tidak mahu mengubati kejahilan yang ada.
Universiti yang sepatutnya menjadi ruang ‘manusia’ mendidik ‘manusia’ menjadi ‘manusia’ , akan hanya menjadi ‘lombong duit’ dan mencetak ‘boneka pemerintah’ sia-sia. Universiti yang sepatutnya “membawa makna alam pada sejagat dan pencerahan”, hanya akan memberi beban “kejahilan” kepada tamadun yang hampir lumpuh kasihan.
—————-
*Penulis ialah mahasiswa fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya yang kadang-kadang tidak pasti dia dikelilingi oleh “Si Jahil” atau “Si Guru-guru yang terbaik”.

No comments
Post a Comment