Nik Aziz bersendirian di Kelantan!
Membaca kisah politik Kelantan akhir-akhir ini, ramai sudah menganggap bahawa Tok Guru Nik Aziz kini semakin bersendirian. Luahan hati Nik Amalina, anak Tok Guru ditafsirkan ramai pihak sebagai bukti bahawa kini Tok Guru dibiarkan bersendirian mempertahankan dirinya tanpa bantuan mana-mana pimpinan PAS.
Tok Guru mengoncang parti dengan tulisan dalam blognya yang mahukan PAS mengadakan Muktamar khas berikutan panasnya isu dalaman PAS Selangor yang membahang hingga ke pantai timur. Namun bahang itu segera disejukan dengan seminar Khas.
Kemudian Tok Guru kembali diheret bagi menyelesaikan kemelut Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang melibatkan menantunya, Ariffahmi.
Saya sendiri berasa hairan, bagaimana orang-orang mempersoalkan isu PMBK ini boleh mendiamkan isu ini begitu lama dan menantikan saat-saat sebegini untuk menyerang Tok Guru. Tidak cukup dengan mendesak Ariffahmi meletak jawatan, mereka mempersoalkan kredibiliti Tok Guru yang melantiknya sebelum ini dengan label krononisme.
Namun, bila kita jejak kembali kisah-kisah perlantikan Ariffahmi jelas Tok Guru tak bersalah. Presiden PAS juga jelas dengan hal ini, kerana Tok Guru sebenarnya menerima nasihat dari mereka-mereka yang tidak sihat pemikirannya. Jika mereka sihat, awal-awal lagi mereka menegur tindakan Tok Guru lantik Ariffahmi.
Patutnya awal-awal lagi Kickdefella mendesak Ariffahmi dilucutkan jawatan. Soalnya kenapa tunggu masa yang terlalu lama.
Kini kecoh pula kisah pembantu Tok Guru yang meletak Jawatan dan seorang lagi bakal menamatkan kontak awal tahun depan. Segalanya memperlihatkan seolah-olah Tok Guru sudah kehilangan semua orang kepercayaannya.
Tok Guru dibiarkan bersendirian dan peringkat parti juga didakwa tidak berbuat apa-apa membantu Tok Guru. Malah PAS Kelantan sebelum ini sedikit berpolemik tentang isu siapa Menteri Besar selepas Tok Guru, walhal perkara itu sepatutnya dibincang dengan Tok Guru sendiri bukan dengan orang surat khabar.
Saya lihat kehidupan harmoni Tok Guru cuba diganggu. Saya yakin ini bukanlah kerja yang dirancang akhir-akhir ini. Ianya sudah lama, umpama Kuda Trojan yang dimasukkan dalam PAS Kelantan.
Sudah lama ia ditambat dan kini perut kayunya sudah mulai pecah. Isi perutnya mulai menunjukan taring. Satu-persatu menunjukan hero bagi menyelamatkan Kelantan, walhal mereka cuba mengerjakan Tok Guru dan menonjolkan diri sebagai penganti Tok Guru.
Walaupun begitu keadaanya, saya melihat bahawa percaturan politik Kelantan sekarang masih lagi kuat dengan bersandarkan imej Tok Guru. Jadi, apa sahaja yang berlaku pada beliau bermakna mereka yang menyerang hendap Tok Guru ini juga memusuhi PAS dan rakyat kelantan. Itu tindakan bodoh.
PAS Pusat mengambil sikap berdiam diri dan mengkaji perkara ini secara dalaman. Tapi jangan fikir PAS pusat tidak buat apa-apa. Pada pimpinan PAS dan ahli yang lain, Tok Guru tidak akan dibiarkan bersendirian. Kelantan tidak pernah lepas dari pandangan PAS Pusat. Malah Tok Guru dan Presiden kian akrab lewat Seminar Khas parti.
PAS adalah parti yang berprinsip dan kita tidak mahu adanya duri dalam daging yang berjuang bersama-sama tapi dihatinya ada maksud lain. Tok Guru tidak maksum, tapi ramai menyayangi beliau kerana ketegasannya memperjuangkan Islam dan hak rakyatnya.
InsyaAllah, menjelang tahun baru ini bulan purnama akan terus bersinar gemilang dan meninggalkan pungguk-pungguk yang tamak itu dengan azab kekecewaannya.
http://syukran.wordpress.com/2009/12/30/nik-aziz-bersendirian-di-kelantan/#more-2697

No comments
Post a Comment