Pengambil pelajar ke SBP: satu, satu tapi banyak?
Benarkah pemilihan kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) cukup ketat dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan?
Semakan kemasukan pelajar ke SBP yang disiarkan menerusi online pada 22 Disember lalu, mengundang pelbagai spekulasi dan persoalan akan kenyataan yang diuar-uarkan pada sesi perjumpaan ibu bapa, PIBG dan wakil-wakil kementerian serta pejabat pelajaran daerah bahawa pengambilan kemasukan pelajar ke SBP yang ‘kononnya’ telus, mengikut prosedur dan syarat yang cukup ketat.
Mengikut syarat yang diubah tahun ini dengan kombinasi dua faktor sebagai syarat kelayakan – prestasi akademik 40 peratus dan ko-kurikulum 60 Peratus ia dapat mencapai matlamat melahirkan cendiakawan dengan pakej yang lengkap. Satu pendekatan yang harus dipuji.
Bagaimanapun, FMT menerima beberapa aduan mengenai pengambilan kemasukan pelajar ke SBP yang dianggap syarat kelayakan itu sekadar ‘halwa telinga’. Dengan bahasa kasarnya, ‘cakap tak serupa bikin’.
Mereka mendakwa, hakikat yang berlaku ialah majoriti pengambilan pelajar ke SBP adalah menerusi kuota (guru, ahli politik, alumni) dan ‘tangan ajaib’ atau orang dalam atau lebih popular dengan panggilan ‘kabel’.
Menurut salah seorang daripada bapa yang mengadu, rakannya adalah bekas pelajar SBP dan tidak mahu menggunakan kuota yang ada kerana beliau lebih suka ‘berjuang di padang yang rata’. Lagi pun tidak barakah jika mengikut cara yang tidak betul.
"Anaknya dipanggil temuduga oleh salah sebuah SBP atas prestasinya. Dengan keputuan 5A UPSR disokong dengan rekod sebagai ketua pelajar pagi dan ketua pelajar petang sekolah agama) , pemidato sehingga ke peringkat negeri sebelum berlaku kesalahan teknikal di mana surat pemberitahun hanya sampai ke sekolahnya tiga hari selepas pertandingan akhir pidato, mewakili sekolah agama dalam tilawah sejak tahun empat, persembahan terbaik dalam penyampaian kerjaya sekali gus membantu sekolahnya muncul naib johan dan pengerusi pelbagai persatuan di sekolahnya, dia gagal mendapatkan tempat di SBP.
"Dia juga adalah antara tiga pelajar terbaik sekolahnya sejak di tahun satu. Redha dengan nasibnya, dia menganggap ada hikmah di sebalik kejadian itu.
"Menurut rakan saya, anaknya proaktif semasa temuduga dan menjawab semula soal yang diberikan. Untuk memujuk perasaannya, dia menganggap semua jawapan anaknya salah sebab itu dia gagal dalam temuduga itu.
"Ada beberapa pelajar yang hadir temuduga atas kuota pengetua SBP dan juga ibu bapa warga guru. Anak mereka berjaya mendapat tempat. Kita anggaplah itu rezeki mereka, kata kawan saya tu" katanya.
Tapi jika setiap guru mempunyai kuota, di negara kita saja ada lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah. Andaikan lah purata setiap sekolah ada 40 guru. Bayangkan 400,000 guru mempunyai kuota dan andaikan lah hanya 1 peratus saja daripada jumlah itu menggunakan kuota, ini bermakna 4,000 daripada 6,600 tempat ke SBP sudah dipenuhi.
Namun tak semua guru menggunakan kuota. Mereka lebih arif dengan prestasi anak mereka. Semua warga pendidik beretika dan berhati mulia, ikhlas dan jujur dalam membentuk anak-anak kita menjaadi warga yang berguna.
Bagaimana pula dengan kuota alumni?. Difahamkan setiap SBP diberi antara lima hingga 10 tempat. Jika negara ini mempunyai 30 BSP (jumlahnya lebih), ini bermakna 300 tempat lagi sudah diisi. Itu peruntukan SBP memilih yang terbaik untuk memacu kejayaan sekolah.
Kuota ahli politik dan pemimpin? Itu keistimewaan mereka.
Bagaimana pula dengan ‘kabel’? Mungkin 3 atau 4, jarang-jarang? Atau, satu, satu tapi banyak, banyak (meminjam kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee). Itu hak persaudaraan dan persahabatan.
Difahamkan, kuota pengambilan pelajar luar bandar ialah 70 peratus manakala untuk bandar hanya 30 peratus. Ini bermakna hanya 1,980 pelajar bandar mendapat tempat. Jika sebahagian besar kuota bandar menerusi kuota alumni, guru dan kabel, apakah yang tinggal untuk ibu bapa yang ikhlas ‘menari di tanah yang rata?’
"Saya hanya memberi satu kesimpulan kepada rakan saya itu bahawa anaknya tidak ‘cukup’ cemerlang. Dia mungkin tergamam dengan kata-kata saya itu tapi jika dia faham hanya itulah cara saya memujuknya," katanya.
Namun apa yang ingin dikemukakan, tidak seorang pun di kalangan rakan sekelasnya yang memperolehi 5A dapat ke SBP, kecuali dua – satu menerusi alumni dan satu lagi menerusi ‘kabel’.
"Kami tahu pelajar yang dapat menerusi alumni, dia juga memilik rekod cemerlang dalam akademik – dalam lingkungan 5 terbaik di kelasnya. Saya rasa dia layak kerana dia juga pengawas dan mewakili sekolah dalam beberapa acara sukan.
"Tapi saya hanya mempersoalkan apakah benar wujud ‘tangan ajaib’ atau kabel dalam pemilihan ke SBP? Bagaimana dengan pelajar yang tiba-tiba mencapai 5A dalam UPSR sekalipun rekod prestasinya sepanjang tahun 4 hingga ujian percubaan UPSR sekadar sederhana dan tiada kokurikulum " soalnya, yang mana anaknya juga gagal mendapat tempat ke SBP sekalipun memperolehi 5A dan antara tiga pelajar terbaik di sekolahnya.
Beliau sekali lagi memujuk rakannya itu dengan mengatakan itu rezeki pelajar itu.
Kepada pelajar yang akan mendaftar ke SBP diucapkan tahniah.Semoga anda semua berjaya. Jagalah amanah yang diberikan kerana rakyat berhak berkongsi kejayaan anda.

No comments
Post a Comment