Tren baru LRT bawa lebih ramai penumpang diperkenalkan
PETALING JAYA, Dis 30 – Syarikat Prasarana Negara Berhad, pengendali sistem Rel Transit Ringan (LRT), hari ini memperkenalkan tren baru yang mampu membawa lebih ramai penumpang sejajar dengan usaha kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatannya di Lembah Klang.
“Ini adalah hadiah Tahun Baru kami kepada orang ramai,” kata pengarah urusan kumpulan Prasarana, Datuk Idrose Mohamed kepada pemberita yang turut menaiki tren baru itu dari Kelana Jaya ke Bangsar.
Tren yang mempunyai empat koc itu mampu membawa 800 penumpang berbanding 400 penumpang yang dibawa oleh tren dua koc sekarang. Diwaktu puncak, ia boleh membawa sehingga 950 orang.
Suri rumah, Teo Joo Pheng, 51, adalah penumpang pertama tren baru itu apabila beliau naik di stesen Kelana Jaya pada 10.30 pagi untuk ke Pasar Seni di pusat bandar.
“Saya guna LRT kerana ia lebih mudah daripada mengharungi kesesakan lalu lintas dan masalah mencari tempat letak kereta jika saya memandu,” kata Teo, yang kelihatan agak terkejut dengan kehadiran wakil-wakil media selepas Idrose bersalaman dengan beliau.
Idrose berkata penggunaan tren baru itu dipercepatkan setelah Perdana Menteri mengarahkan supaya mutu perkhidmatan pengangkutan awam dipertingkatkan selepas beliau turun padang menaiki tren LRT pada 25 April lepas.
“Kami menempah 35 set tren yang mempunyai empat koc ini. Tiga daripadanya memulakan perkhidmatan hari ini manakala yang lain belum tiba dan sesetengahnya sedang diuji,” kata beliau kepada Bernama.
Tren tanpa pemandu itu adalah versi terbaru daripada jenis Bombardier yang reka bentuknya dibuat di Kanada manakala 65 peratus pemasangannya dibuat di Mexico dan 35 peratus di Malaysia. – Bernama

No comments
Post a Comment