Mayat bayi perempuan ditemui dekat Stesen LRT Jalan Jelatek
KUALA LUMPUR; Orang awam yang melalui kawasan Stesen LRT Jalan Jelatek di sini hari ini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan di dalam beg plastik yang diletakkan di atas pelantar konkrit berhampiran Sungai Klang.
Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 1.00 petang.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata siasatan polis mendapati mayat bayi itu juga masih mempunyai uri.
"Bayi perempuan itu dianggarkan 8 hingga 9 sentimeter panjang dan berkemungkinan dilahirkan dalam tempoh 24 jam.
"Polis tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dibuang di tempat lain dan hanyut kemudian terdampar di situ atau sememangnya ditinggalkan di situ," katanya.
Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Zakaria meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes terbabit tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan. - Bernama

No comments
Post a Comment