Parlimen putuskan isu peraturan mesyuarat lusa
KUALA LUMPUR, 29 Mac — Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan membuat keputusan Rabu ini berhubung isu Peraturan Mesyuarat 37(1) untuk merujuk anggota Parlimen kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana membuat kenyataan yang mengelirukan dalam Dewan.
Sebaik Wan Junaidi berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bangkit untuk meminta penjelasan sama ada beliau perlu membuat penjelasan kepada Dewan esok berhubung dakwaannya bahawa slogan 1 Malaysia ditiru dari "One Israel".
Minggu lepas, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee member tempoh seminggu kepada Anwar, yang tidak hadir di Dewan ketika itu, untuk membuat penjelasan mengenai isu berkenaan selepas ia dibangkitkan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud).
Tindakan Kiandee membenarkan Abdul Rahman berhujah menyebabkan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mendesak Timbalan Speaker itu membenarkan beliau turut berhujah mengguna pakai aturan yang sama berhubung kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sidang Dewan lepas yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.
Isu berhubung Peraturan Mesyuarat 37(1) yang dibacakan bersama Peraturan Mesyuarat 36(12) itu timbul lagi hari ini apabila Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bangkit selepas selesai sesi soal jawab meminta supaya Saifuddin Nasution dirujuk pada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana membuat kenyataan bercanggah dalam Dewan.
Ini menyebabkan Wan Junaidi menyatakan akan mengumumkan keputusannya Rabu ini dan jawapan Wan Junaidi itu mengundang perhatian Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Anwar yang bangkit bertanyakan sama ada Anwar perlu memberi penjelasan esok atau Rabu.
"Soalan Yang Berhormat hendak buat tak buat esok itu adalah berlandaskan Yang Berhormat hendak buat penjelasan peribadi itu sendiri, bukan Yang Dipertua, itu keputusan yang hendak dibuat dan saya tidak boleh jadi mahkamah buat rayuan," kata Wan Junaidi.
"Saya beri surat kepada Yang Dipertua mengenai penjelasan peribadi setelah diarah berbuat demikian, sebab itu saya nak minta sama ada nak teruskan esok ikut arahan dan keputusan yang mengecualikan saya ataupun keputusan hari Rabu, kalau dikehendaki saya buat hari Rabu juga," kata Anwar.
Wan Junaidi kemudian berkata perkara itu terpulang kepada Anwar dan adalah wajar jika beliau bertanyakan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee yang membuat keputusan memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk membuat penjelasan pada masa itu.
"Oleh kerana perkara ini telah dibuat oleh Yang Berhormat Beluran (Kiandee), saya akan jelaskan bahawa Beluran tidak membuat satu kesalahan kerana di bawah Peraturan 100 ada perkara-perkara tertentu yang mana Speaker boleh buat satu-satu keputusan kalau perkara-perkara itu sama.
"Itulah...keputusan yang saya lihat yang dibuat oleh Yang Berhormat Beluran semasa membuat keputusan pada hari tersebut iaitu membenarkan Kota Belud (Datuk Abdul Rahman Dahlan) membacakan surat permintaan untuk buat penjelasan sedemikian, saya fikir Beluran tidak buat kesalahan," katanya.
Sebaik sahaja Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) selesai berbahas usul Menjunjung Kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Kiandee mengambil alih mempengerusikan mesyuarat, Anwar sekali lagi bangkit meminta penjelasan Kiandee mengenai percanggahan ruling yang dibuat Wan Junaidi dan Kiandee.
"Kita bangkitkan tadi Peraturan Mesyuarat 37(1) yang dikaitkan juga dengan 14(1), Yang Dipertua maklum bahawa Kota Belud telah membangkitkan dan kemudian Speaker beri arahan setuju dengan cadangan Kota Belud.
“Bagaimanapun saya diminta untuk beri penjelasan atas keputusan Speaker jadi saya bukan minta ikut 14(1) (penjelasan peribadi dipohon oleh anggota Parlimen), jadi saya minta keputusan, kita tidak mahu percanggahan. Saya tiada masalah kerana saya fikir isu ini akan juga saya jelaskan, tetapi saya tidak mahu peraturan ini tidak dipakai oleh orang lain tetapi dikhususkan untuk Permatang Pauh sahaja," katanya.
Kiandee berkata Peraturan Mesyuarat 37(1) yang digunakan Kota Belud ketika membangkitkan isu penjelasan itu pada Selasa lepas merupakan peraturan mesyuarat yang biasa digunakan oleh semua anggota Parlimen.
"Apa yang berlaku pada hari itu apabila Kota Belud menunjukkan perkara peraturan dan maklumkan kepada mesyuarat tentang percanggahan yang dilakukan oleh Permatang Pauh, menteri bangun dan cadang bahawa Yang Berhormat patut diberi tempoh untuk jelaskan percanggahan kenyataan mengenai isu yang melibatkan APCO, saya setuju dengan cadangan itu kerana pada ketika itu Yang Berhormat
Permatang Pauh tidak hadir dalam Dewan dan saya rasakan itulah pendekatan terbaik untuk beri tempoh seminggu dan membolehkan Yang Berhormat hadir dalam Dewan dan beri penjelasan percanggahan.
“Saya rasa tiada yang luar biasa berlaku dalam perkara ini, saya masih kekalkan keputusan agar Yang Berhormat beri penjelasan yang dibuat pada hari esok seperti yang telah kita bincangkan, selepas itu terserah kepada kerajaan untuk ambil tindakan sewajarnya," katanya.
Jawapan Kiandee itu kemudian mengundang kekeliruan beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) sama ada Anwar perlu memberi penjelasan esok atau Rabu.
Kiandee kemudian membalas bahawa Dewan telah memberikan tempoh seminggu dan Selasa merupakan tarikh yang dipilih oleh Anwar, bagaimanapun, beliau boleh memilih untuk tidak membuat penjelasan dalam tempoh tersebut.
Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) turut bangkit dan meminta penjelasan daripada Kiandee berdasarkan peraturan mana beliau membuat keputusan untuk member tempoh selama seminggu.
Kiandee berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa pewarisan untuk membuat sebarang keputusan, bagaimanapun jika keputusan itu dipertikaikan, ada peruntukan untuk membawa usul supaya Yang Dipertua dirujuk pada jawatankuasa tersebut. — Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment