Panas Malam! Gerakan: Ucapan Mahathir ‘jijik’
Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan ‘menjijikan’.
Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan “NGO pelampau kanan Melayu” untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.
“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.
Pemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut kerajaan.(Malaysiakini)
Ahli-ahli Gerakan patut mengangkat topi memberi tabik hormat kepada Saudara Teng Hock Nan kerana berani mengkritik Tun Mahathir secara terbuka. Bukan ramai pemimpin Gerakan yang seberani ini. Tun Mahathir bukan Ibrahim Ali. Namun, demi perjuangan parti pemimpin Gerakan tidak harus takut kepada sesiapa jua, termasuk Tun Mahathir sekiranya menganjurkan agenda perkauman sempit.
Kalau selama ini Gerakan hanya reti mengampu pemimpin tertinggi Umno, kini tiba masanya Gerakan pulang ke asal sebagai parti pelbagai kaum. Selaku parti pelbagai kaum, Gerakan wajib menentang semua ‘agenda’ perkauman sempit.
Namun, ramai ahli Gerakan mengharapkan kritikan pedas tersebut keluar daripada mulut Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, bukannya mulut pemimpin peringkat negeri. Selaku penerajui Gerakan, Koh Tsu Koon harus berani membuka mulut. Gerakan tidak boleh bergerak mengikut rentak parti perkauman. Ucapan yang berbau perkauman sempit harus dikritik kerana negara kita tidak memerlukan ucapan sebegitu. Agenda perkauman sempit hanya akan menghancurkan perpaduan nasional yang dipupuk sejak sekian lama. Kita tentu tidak mahu mengulangi peristiwa hitam 13 Mei yang berpunca daripada sifat perkauman melampau yang ditunjukkan beberapa pemimpin politik ketika itu.
Koh Tsu Koon tidak boleh ralit dengan jawatan Menteri sehingga terlupa memainkan peranan parti. Membenihkan sifat perkauman bertentangan dengan matlamat Gerakan. Oleh itu, Koh Tsu Koon tidak boleh berdiam diri. Barangkali benar kata sesetengah pihak dalam Gerakan bahawa jawatan Menteri telah mengunci mulut Koh Tsu Koon.
Gerakan tidak mengharapkan Koh Tsu Koon seberani Lim Kheng Yaik, namun terlalu banyak berdiam diri menyebabkan orang menganggap beliau lemah dan penakut. Mungkin inilah salah satu sebab ahli akar umbi Gerakan membuat bising ingin keluar dari BN. Mereka meluat. Mereka tidak mahu melihat parti kesayangan ‘dibuli’ oleh rakan-rakan seperjuangan lain. Peristiwa mengoyak gambar Presiden Gerakan oleh Umno Bukit Bendera yang kemudian terlepas daripada hukuman Majlis Tertinggi Umno merupakan satu penghinaan kepada ahli Gerakan. Namun, Koh Tsu Koon tetap berdiam diri. Sepatutnya beliau membawa Gerakan mencari haluan baru. Kenapa takut sangat untuk keluar dari BN yang diterajui parti perkauman itu?
Sekiranya Gerakan keluar dari BN dan terus lantang bersuara sebagaimana yang ditunjukkan Teng Hock Nan, nescaya Gerakan akan kembali bernafas. Masa depan Gerakan cerah. Rakyat Malaysia sekarang mengidamkan parti yang berani bersuara. Parti yang hanya tahu mengangguk dan mengampu ditolak. Gerakan terlepas Pulau Pinang bukan kerana pemimpinnya tidak cekap mentadbir negeri, tetapi rakyat benci sikap ‘mengangguk tidak bertempat’ mereka. Semua kata-kata pemimpin Umno sama ada menguntungkan atau merugikan rakyat disahut dengan anggukan oleh Gerakan. Lantas rakyat melihat Gerakan bukan memperjuangkan nasib mereka, sebaliknya merealisasikan kehendak Umno. Malahan yang lebih teruk apabila Gerakan dituduh bersekongkol dengan Umno mengkayakan Melayu dan memiskinkan Cina. Itulah punca kekalahan Gerakan.
Dalam setiap Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan, perwakilan nasional selalu meminta Gerakan agar mendesak kerajaan membahagikan kek ekonomi sama rata di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Akan tetapi permintaan tersebut mandul belaka – tidak membuahkan hasil. Kek ekonomi tetap dinikmati golongan tertentu sahaja.
Sekarang masa yang paling sesuai Gerakan membuat muhasabah diri. Sebelum ramai ahli akar umbi berpatah arang, ada baiknya pemimpin tertinggi parti memperhitungkan kehendak mereka. Gerakan tidak mampu tegak seandainya akar umbi reput. Sebelum tumbang, lebih baik berusaha mencari haluan baru yang lebih bergaya dan bertenaga.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment