Keputusan Kes Cabar Auku 31 Mei
Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 29 Mac - Keputusan bekas pelajar Universiti Sains Malaysia, Soh Sook Hwa mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti kerana mendakwa akta tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan didengar pada 31 Mei depan di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur.
Menurut peguam pendakwa M. Lavendran, penangguhan yang diputuskan secara tertutup pagi tadi itu dibuat bagi membolehkan pihak pendakwa dan pembela menyerahkan semula afidavit dalam tempoh dua minggu.
"Kemudian kami memerlukan dua minggu lagi selepas itu untuk proses penelitian afidavit yang diterima. Keputusan sama ada kes ini diterima atau ditolak akan dibuat pada 31 Mei," katanya kepada Suara Keadilan.
Sook Hwa yang menamatkan pengajian ijazah komunikasi dalam jurusan kewartawanan pada 24 November 2004 didapati bersalah oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) USM kerana terlibat dalam program kempen pilihan raya umum 2004.
Kesalahan itu didakwa di bawah Artikel 15 (1) dan (3) Auku (Pindaan 1975) yang menyebut bahawa golongan mahasiswa tidak boleh bersimpati, menyokong atau menentang parti-parti politik.
Kes ini juga merupakan kes pertama di Malaysia yang menuduh Auku bercanggah dengan Perlembagaan.
"Ada pihak tertentu yang membuat laporan setelah melihat gambar saya sedang berkempen di Parlimen Batu di siarkan di akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press. Lebih teruk pada pilihan raya tersebut, itulah kali pertama saya turun untuk mengundi.
"Kerana dakwaan tersebut saya dikenakan hukuman denda sebanyak RM200 serta amaran keras oleh pihak universiti. Namun bayaran itu dijelaskan oleh sembilan pensyarah universiti yang memberi sokongan kepada saya.
"Selepas itu saya membuat rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi sehingga saya failkan kes di Mahkamah Tinggi pada 2005 dan kes terus ditangguh ke hari ini dan sekarang saya masih belum menerima satu keputusan sama ada ia diterima atau dibantah," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur ini yang kini bertugas sebagai pekebun organik di Pulau Pinang.
Hadir sama memberi sokongan sekumpulan ahli Malaysia Youth and Democratic Movement (Dema) dan beberapa aktivis Suaram.
Dalam satu kenyataan media, Dema menegaskan bahawa Auku adalah akta zalim yang mencabuli hak asasi dan kebebasan mahasiswa untuk menyertai politik dan hendaklah dimansuhkan.
"Dalam Perlembagaan Malaysia termaktub setiap rakyat Malaysia yang berusia 21 dan ke atas boleh mengundi dan menyertai politik kepartian."
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment