Fuhyoo! Najib guna “denyut nadi” rakyat sebagai kriteria pilih calon

KUALA LUMPUR 29 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan menggunakan ”denyut nadi” rakyat untuk memilih calon yang sesuai bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti.

"Kita kena buat kajian dululah, sebab itu saya tidak boleh jawab soalan ini sekarang. Kita kena teliti, rasa denyut nadi rakyat dan sebagainyalah. Tinjau, tinjau dulu,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon yang paling sesuai mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti.

Beliau berkata, faktor utama Rakyat Didahulukan akan digunakan dalam pemilihan calon itu nanti.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak Khamis lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi menewaskan calon BN dari MIC, Datuk G. Palanivel. – Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.