Singa Bellu Mengaum. Mahu Kerusi Di Hulu Selangor

Samy Vellu masih yakin Umno kekalkan tradisi di Hulu Selangor


http://media.themalaysianinsider.com/images/2010/03/29/samy-march29.jpg

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu masih yakin kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diperuntukkan kepada wakil parti itu walaupun Umno terus menggesa agar ia diserahkan kembali kepada parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

“Saya berharap begitu, berharap MIC akan dibolehkan bertanding lagi di Hulu Selangor dan kekal pada tradisi yang telah pun dipersetujui selama ini,” kata Samy Vellu (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Hulu Selangor akan menyaksikan pilihan raya kecil ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khamis lalu.


Sehubungan itu kata beliau, adalah satu perkara biasa bagi sesetengah pihak mendesak agar sesuatu kerusi itu diberikan kepada mereka apabila tibanya pilihan raya.

“Ini perkara biasa, saya yakin MIC akan dibolehkan bertanding semula. Bagaimanapun saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan Najib selaku Pengerusi BN telah membayangkan kerusi itu akan kekal ditandingi oleh wakil MIC.

Perkara itu dibayangkan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Jumaat lalu.

Seorang anggota Majlis Tertinggi memberitahu The Malaysian Insider Umno biasanya akan menghormati formula yang telah dipersetujui dan ia akan dicerminkan semula di Hulu Selangor.

Malah ketika bercakap kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Samy Vellu berhubung soal calon.

Samy Vellu pada Jumaat lalu juga telah menamakan timbalannya Datuk G. Palanivel sebagai bakal calon pilihan raya kecil.

Ketika mengulas lanjut Samy Vellu memberitahu, beliau akan menemui Perdana Menteri minggu ini bagi membincangkan soal itu.

Malah katanya, beliau akan menulis secara rasmi tentang nama wakil MIC selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya Jumaat ini.

“Saya akan menulis (surat) kepada beliau selepas SPR menetapkan tarikh pilihan raya, sekarang kami sibuk dengan persiapan untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.

Ketika ditanya lanjut mengenai Palanivel sebagai bakal calonnya, Samy Vellu memberitahu, beliau mengesyorkan nama itu dan kini terserah kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan akhir.

“Apa pun kita serahkan kepada Perdana Menteri, itu nama yang disyorkan, kita tengok dulu keputusan Perdana Menteri,” katanya.

Pada 8 Mac lalu Zainal menewaskan Palanivel dengan perbezaan 198 undi.


kerusi mau..kerja malas kahkahkahkah

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.