Hati-hati. Mamak Tipu Melayu. Mana Perkasa

Kadar baru tol dikaji

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

TASEK GELUGOR 28 Mac - Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan kadar baru tol di negara ini memandangkan kajian menyeluruh mengenainya masih dijalankan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kajian tersebut akan menentukan kaedah terbaik bagi memastikan kadar tol supaya tidak membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah, selain memberi situasi menang-menang kepada syarikat konsesi lebuh raya.

"Kajian sudah memasuki peringkat kedua dan melibatkan pelbagai pihak termasuk di peringkat kerajaan dan perbincangan dengan syarikat (konsesi) terlibat.

"Apa yang penting, kerajaan mahu memastikan kadar baru tol tidak memberi tekanan kepada rakyat. Setakat ini, belum ada keputusan dibuat kerana ia masih lagi dibincangkan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Karnival Sukan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Lahar Yooi, di sini hari ini.

Kerajaan sedang menjalankan kajian penetapan kadar baru tol yang antara lain menjadi asas rundingan semula perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.

Antara mekanisme utama rundingan semula itu adalah klausa semakan semula tol yang tidak membenarkan pihak konsesi menaikkan kadar tol sesuka hati tetapi bergantung kepada jumlah kenderaan yang menggunakannya.

Mekanisme mengenainya masih diteliti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan mengambil kira cadangan dan pandangan pelbagai pihak.

Nor Mohamed menjelaskan, kajian itu perlu dilakukan dengan menyeluruh kerana ia turut membabitkan operasi syarikat konsesi yang mempunyai orientasi perniagaan serta pendapatan yang berbeza.

"Syarikat konsesi ini pula terdiri daripada beberapa kategori sama ada (beroperasi) di kawasan bandar dan luar bandar, ada yang berjaya buat keuntungan dan ada yang tidak.

"Pada masa sama, pandangan rakyat juga perlu diambil kira, sebab itu kerajaan perlu membuat tindakan yang betul sebelum membuat sebarang keputusan dan ia bukan sesuatu yang mudah," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan setakat ini menunjukkan syarikat konsesi memberikan kerjasama yang baik dengan memberi cadangan munasabah bagi memastikan kadar tol tidak membebankan rakyat.

bunyi sedap jer ayat.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.