Sepupu Sultan Kelantan dilantik anggota majlis perajaan negeri
KOTA BAHARU, 29 Mac — Sepupu Sultan Kelantan, Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Khairi dilantik sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN).
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini berkata pelantikan Tengku Ahmad Farizanudean, 47, dibuat dalam satu majlis di Istana Telipot, semalam.
Katanya Tengku Ahmad Farizanuddin, seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) akan menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) kelas pertama yang membawa gelaran Datuk daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, esok.
Abdul Halim berkata dengan pelantikan itu, keanggotaan MPN, yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan) kini adalah 18 orang.
Tengku Abdul Halim ialah datuk saudara kepada Pemangku Raja Kelantan. — Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment