Lu Ganggu gua Punya Geng La Anwar Hahaha
Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap selektif dalam mendedahkan maklumat mengenai Apco sedangkan ketua umum PR itu juga didakwa mengenali dan bersahabat dengan tokoh-tokoh dalam syarikat perunding tersebut.
Khairy juga berkata, maklumat berkenaan tidak didedahkan Anwar yang ingin membina imej yang baik di gelanggang antarabangsa.
Tambahnya, Anwar mengaitkan kerajaan dengan isu Apco untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu-isu yang menyentuh peribadi ahli parlimen Permatang Pauh itu dan juga terhadap PKR yang menghadapi masalah.
Katanya lagi, Anwar juga gagal menjelaskan bagaimana Apco terlibat menasihati negara dalam membentuk gagasan 1Malaysia.
Jelasnya, 1Malaysia mula disebut oleh Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sulung sebaik menjadi perdana menteri, sedangkan kontrak lantikan Apco itu dibuat pada Ogos tahun lalu.
Mengulas mengenai peranan Ethos Consulting, Khairy berkata perkara itu sengaja dibangkitkan oleh Anwar untuk memburuk-burukkan imej beliau.
Ketika ditanya, beliau juga berkata kerajaan perlu menjelaskan mengenai bentuk maklumat yang diberikan kepada Apco.
"Biasanya, maklumat ini cuma statistik yang boleh diperolehi di domain awam," katanya
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment