Premortem PRK Hulu Selangor III: Pertarungan kalahmati?

greensaff.blogspot.com

Antara BN dan PR, kedua-duanya mahukan kemenangan. PR mahu menang untuk menyatakan bahawa BN totally ditolak rakyat. Kemenangan ini juga memberi isyarat bahawa pemerintahan PR di Selangor berjaya. Tambahan pula, PR adalah penyandang kerusi ini. PR tidak mahu kehilangan kerusi mereka di parlimen lagi setelah kehilangan 4 kerusi secara ’percuma’ dek tindakan keluar parti oleh beberapa MP PKR.

Di sebelah BN pula, mereka juga memerlukan kemenangan. Menang untuk menyatakan bahawa rakyat sudah menerima mereka. Menang untuk memulihkan semangat mereka jika dapat merampas kerusi PR setelah kalah di banyak PRK apatah lagi apabila kerusi mereka dirampas di Kuala Terengganu.

BN juga menagih kemenangan ini setelah dimalukan PR pada PRK-PRK sebelumnya..(kecuali Batang Ai dan Bagan Pinang). Mereka mahu buktikan bahawa idea 1Malaysia Najib disenangi rakyat. Jika mereka menang, harapan untuk mempertahankan kerajaan pusat pada PRU 13 masih lagi bersinar.

Kekalahan akan memberikan tekanan yang besar tidak kira kepada PR mahupun BN. Jika PR kalah,bermakna rakyat tidak mempercayai wakil rakyat PR yang suka keluar parti. Jika BN kalah, mereka harus bersedia untuk meninggalkan Putrajaya pada PRU 13.

Apa pun,memang adat petandingan dalam pilihanraya,semua pihak yang bertanding mahu kemenangan. Tidak kira mereka kerajaan,pembangkang mahupun calon bebas.

BAGAIMANA UNTUK BN MENANG????

Bagi BN, mereka mempunyai peluang cerah untuk menang disebabkan 3 kerusi DUN dalam Perlimen tersebut kepunyaan mereka. Mereka perlu menyelesaikan beberapa kemelut sebelum layak digelar pemenang.

PERTAMA, isu calon. Terdapat beberapa pertelingkahan antara MIC dan UMNO untuk meletakkan calon. MIC mahu status quo dikekalkan manakala UMNO mahu calon melayu dari UMNo diletakkan pula di situ.

Bagi UMNO,mereka kalah di peringkat Parlimen disebabkan rakyat tidak sukakan Palanivel dan MIC. Masyarakat setempat mahukan wakil Melayu. Jika kemelut ini dapat dirungkai, jentera BN akan berjalan lancar. Tetapi andainya tidak, mereka bakal hadapi undi protes buat kali kedua.
Kepimpinan BN wajar untuk mempertimbangkan cadangan ini jika tidak mahu dimalukan lagi. Semangat jentera UMNO akan bangkit jika calon dalam kalangan mereka. Lagipun,kawasan ini majoriti Melayu.

KEDUA, untuk BN menang, seperti biasa,mereka akan gunakan semaksima mungkin media yang sememangnya bawah kawalan mereka. Canangan untuk memburukkan PR adalah amat mudah dengan ’skuad tambahan’ ini. Dengan bantuan media ini, jentera BN dilihat tidak perlu bekerja banyak.

KETIGA, pelbagai isu akan dibangkitkan PR pada sesi kempen nanti. BN harus menyediakan jawapan yang konkrit bagi menangkis serangan itu. Tetapi, jika jawapan yang diberikan itu adalah jawapan sekadar untuk berhelah, BN harus bersedia menerima kekalahan.BN harus sedar yang pengundi di Hulu Selangor bukan seperti budak tadika yang boleh ditipu hidup-hidup.

Rakyat sekarang mempunyai pelbagai sumber lain yang mereka lebih mempercayainya. Rakyat memerlukan hujah yang nyata dan tepat. Jika BN senang kalau dTV1,TV2 dan TV3 menyebelahi mereka, mereka harus sedar, TV Selangor dan madia alternatif yang lain lebih dipercayai.

PAKATAN PERLU BERSTRATEGI

Secara psikologi,PR berada dalam tekanan kerana kerusi ini milik mereka. Mempertahankan kemenangan lebih susah daripada bertanding di kawasan lawan.
Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat juga mempunyai peluang untuk menang. Cuma harus diingat kawasan ini bukanlah seperti Permatang Pauh mahupun Kuala Terengganu. Rekod yang PR memenangi kawasan ini baru sekali iaitu pada 2008 yang lalu.

Untuk menang, PERTAMA, kesepakatan antara komponen PR mestilah padu. Kesepakatan yang ditunjukkan dalam siri ceramah ’Selamatkan Malaysia’ dan pada Konvensyen PR yang lalu harus dikekalkan. Jika tidak,rakyat akan melihat mereka tidak mempu untuk menggantikan BN.

Semua jentera parti tidak kira PKR, PAS mahupun DAP mesti degerakkan sepenuhnya. Kobarkan semangat jentera untuk menumbangkan BN. Kesepakatan yang sebelum ini dtunjukkan PR amat menarik perhatian rakyat. Walaupun berbeza ideologi,mereka mesih boleh duduk bersama. Sebagai bukti, kesepakatan yang ditunjukkan mereka telah membuahkan hasil pada PRK-PRK yang lepas.

KEDUA, calon yang diletakkan haruslah orang tempatan. Desas desus yang disebar bahawa PKR akan meletakkan Zaid Ibrahim harus difikirkan semasak-masaknya. Walaupun beliau sudah dikenali ramai,tetapi pandangan dan kehendak akar umbi harus diambil kira. Jangan disebabkan kesilapan memilih calon,mereka terlepas satu lagi kerusi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga dikatakan disebut-sebut sebagai pilihan calon. Namun,Anwar patut mendengar dahulu pendapat ahli cabang Hulu Selangor. Cadangan untuk meletakkan calon PAS juga perlu ditangguhkan. Bak kata Hadi Awang, PKR didahulukan. Sikap toleransi yang ditunjukkan beliau harus dituruti ahli-ahli yang lain.

KETIGA, pekung UMNO-BN harus dibuka seluas-luasnya. Banyak isu yang boleh dibangkitkan PR supaya rakyat menolak BN. Isu-isu nasional dan tempatan harus diperjelaskan sebaik mungkin oleh penceramah dan jentera penerangan PR. Banyak isu yang boleh dimainkan seperti APCO, GST, kehilangan enjin F-5E, kapal selam Scorpion, isu Perak, rasuah dalam UMNO, PKFZ, royalti Kelantan, isu arak, kemelut MCA dan banyak lagi.

KEEMPAT, PR juga harus menangkis serangan daripada BN. BN semestinya akan mengunakan isu lompat parti MP PKR. PR harus bersedia dengan jawapan yang lengkap bagi menjawab hentaman yang bakal tiba. PKR juga harus bersedia dengan serangan daripada bekas wakil rakyat mereka yang kini ibarat 'attack dog' UMNO.

KELIMA, isu dakwaan liwat Anwar juga pasti akan digunakan dalam usaha mewujudkan political image Anwar yang buruk. Hal ini kerana,masyarakat secara umum melihat PKR itu Anwar,dan Anwar itu PKR. Jadi untuk mengurangkan undi kepada PKR,imej Anwar harus dicoreng sehitam-hitamnya.

Jadi,untuk PR mengatasi isu itu, VCD fatwa Dr. Yusuf Qaradhawi harus dicetak sebanyak mungkin dan diedar secara percuma kepada pengundi. Biar rakyat tahu bahwa dunia tidak mempercayai konspirasi itu.

Kesimpulannya,kedua-dua pihak mempunyai peluang 50-50 pada PRK kali ini. PR mempunyai kelebihan kerana berlaku pertelingkahan antara MIC-UMNO serta isu-isu nasional yang membelit BN. Manakala BN pula mempunyai kelebihan dari segi jentera media dan penduduk Felda yang ramai yang sememangya pengundi tegar mereka.

Tetapi,pilihanraya ini seperti pertarungan 'sudden death'. Jika BN menerima kekalahan,mereka harus sedar bahwa hayat mereka sudah hampir kepada ajal. Jika PR pula kalah,mereka harus bermuhasabah dan melupakan hasrat untuk menduduki Putrajaya kerana rakyat menolak parti yang mempunyai wakil-wakil rakyat yang tidak konsisten serta tidak tetap prinsip.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.