Infrastruktur asas buruk di Miri punca kes kematian
MIRI: Kegagalan kerajaan BN Sarawak menyediakan prasarana kesihatan dan infrastruktur jalan raya yang baik antara punca kematian penduduk di kawasan pedalaman, kata calon KEADILAN bagi N65 Senadin, Dr Michael Teo.
“Kalau seseorang itu hendak bersalin, ataupun berhadapan kes kecemasan, mereka terpaksa menempuh perjalanan selama 3 hingga 4 jam untuk sampai ke Hospital Miri.
“Ini ditambah pula dengan kualiti jalan raya yang teruk dan menimbulkan kesukaran kepada penduduk. Contohnya di Long Benang, Long Asa dan Long Lama,” katanya yang menyatakan kebanyakan kes sedemikian tidak dilaporkan.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan di Sarawak hanya menyediakan perkhidmatan ‘flying doctor’ dengan menggunakan kenderaan helikopter yang tidak meliputi keseluruhan pedalaman Sarawak.
“Masalah timbul apabila doktor sampai ke kampung atau rumah panjang tetapi pesakit tidak dapat dirawat kerana peralatan dan ubat-ubatan yang boleh dibawa melalui helikopter, terhad.
Dalam pada itu, Dr Teo berkata, ‘flying doctor’ adalah tinggi manakala perkhidmatan helikopter didakwanya milik anak kepada Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Alfred Jabu.
“Mereka ada dua, tiga helikopter. Kemudian, saya diberitahu yang Kementerian Kesihatan Sarawak menyewa dari syarikat itu dengan jumlah RM 19 juta setiap tahun. Ini tidak efektif, bahkan pembaziran,” katanya.
Dr Teo juga kesal kerana Hospital Miri dibina dengan tidak mengikut konteks dan spesifikasi tempatan.
“Bayangkan, di Miri sahaja, penduduknya berjumlah 30,000 orang tidak termasuk di kawasan sekitar tetapi bilik pembedahan cuma ada dua. Inilah kaibatnya melantik perunding binaan luar yang tidak memahami persekitaran dan masyarakat tempatan.
“Dan Taib Mahmud hanya mementingkan diri sendiri dengan memberi kontrak kepada kroni,” katanya, sambil menambah, masalah kesesakan jalan raya di Miri tidak pernah selesai sehingga kini.
Beliau menjelaskan, kegagalan projek peluasan jambatan adalah disebabkan pertindihan lot tanah yang dimiliki oleh taib Mahmid di tengah bandar Miri.
“Kita tidak ada masa lagi. Sekaranglah masa untuk berubah,” kata Dr Teo.

No comments
Post a Comment