Tak beradab — Awang Selamat
24 APRIL — Khamis lalu, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah membuat teguran berhubung isu adab berpakaian pada majlis rasmi. Penegasan baginda itu yang sarat dengan hujah dibuat secara umum tanpa merujuk kepada individu dan insiden tertentu.
Awang mencadangkan teks titah penuh baginda dijadikan rujukan kepada semua pemimpin terutama parti pembangkang. Tampal di almari pakaian.
Belum pernah rasanya ada kupasan lengkap tentang etika berpakaian dalam konteks yang besar sebagaimana diberikan oleh Raja Nazrin.
‘‘Penghakisan kemurnian adat dan penghakisan ketinggian budaya bangsa, boleh bermula dengan sifat memandang ringan dan sifat tidak menghormati adat berpakaian dalam sesuatu majlis,’’ titah baginda.
Pada 12 April lalu ADUN, Pantai Remis dari DAP, Nga Kor Ming mencetuskan kontroversi kerana tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis pembukaan rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dia seorang sahaja yang muncul dengan pakaian sut. Tindakannya itu ternyata tidak menghormati majlis, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Raja Nazrin selaku pemangku raja. Walaupun pakaian sut tidak melanggar peraturan, beliau sepatutnya faham, pakaian apa yang sepatutnya dikenakan pada majlis tersebut. Seperti titah Raja Nazrin lagi: ‘‘Adalah janggal untuk seorang pemain bola sepak memakai pakaian renang di padang bola.’’ Ternyata peraturan yang kecil dan mudah pun gagal difahami.
Awang menjunjung kasih ke atas penegasan Raja Nazrin berhubung isu itu. Apa yang berlaku di DUN Perak juga pernah terjadi di negeri lain sebelum ini. Gejala ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja kerana ia boleh membawa mudarat besar kepada tamadun bangsa. Masih kental dalam ingatan Awang titah baginda pada Ogos tahun lalu bahawa: ‘‘Pencerobohan besar bermula dengan pencerobohan kecil.’’
Kor Ming sewajarnya menjadi wakil rakyat contoh dengan menjaga adab berpakaian dan bukannya bersikap angkuh. Identiti kaum atau ego beliau sebagai ADUN mewakili DAP, tidak akan hilang jika berpakaian istiadat dan bersongkok. Awang kerap melihat ramai ekspatriat mengenakan songkok pada majlis-majlis tertentu.
Apa maknanya ADUN di Perak jika tidak menghormati Dewan dan apatah lagi institusi diraja? Awang percaya, Kor Ming faham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung.
Dalam tamadun bangsa lain seperti Jepun, Barat dan China, hal itu amat penting di dalam sanubari setiap warganya. Di Thailand juga, semua warga negara termasuk keturunan Cina menjung institusi raja. Ia adalah persoalan maruah melainkan jika seseorang itu berkiblatkan negara dan budaya asing. Apakah Kor Ming dalam kategori itu?
Bisik-Bisik Mingguan awang selamat — Mingguan Malaysia
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

No comments
Post a Comment