Politik feudal masih cengkam Melayu Sarawak- Rodziah
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 menandakan sinar baru kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak pernah berlaku sepanjang sejarah, Barisan Nasional (BN) diberi tentangan sengit, kata Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat, Rodziah Ismail.
Rodziah dalam kenyataanya turut mengingatkan BN supaya tidak mendabik dada dengan kemenangannya kerana PR berjaya menambah lapan kerusi berbanding PRN Sarawak 2006, di samping meningkatkan undi keseluruhan sehingga 45 peratus.
“Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi ‘talian hayat’ BN untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan,” kata Rodziah yang Timbalan Ketua Wanita KEADILAN.
Bagaimanapun beliau turut meluahkan kekesalannya kerana kaum Melayu Sarawak masih terus diperangkap dengan politik feudal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan BN.
“Kita merasa sedih kerana sebahagian Melayu Sarawak terus-menerus terjebak ke dalam politik feudal PBB-BN yang mengekang kebebasan berpolitik rakyat.
“Ahli politik yang berkedudukan menggunakan kuasa mereka menakut-nakutkan rakyat yang lemah dengan berbagai cara deraan mental, emosi, ancaman fizikal, penarikan habuan ekonomi dan lain-lain lagi agar rakyat tunduk akur menyembah keinginan ahli-ahli politik feudal,” ujarnya yang juga Adun Batu Tiga.
Menurutnya lagi, kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah juga menjadikan mereka alat yang terus diperkotak-katikkan demi memenuhi agenda pemusatan kekayaan dan kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kroninya.
“Asobiyah kenegerian juga diperbesar dan dipermainkan supaya menimbulkan rasa sangsi yang mendalam terhadap warga senegara dari semenanjung Malaysia, khususnya daripada PR.
“Gelagat Melayu Umnolah sebenarnya yang telah membawa imej buruk terhadap warga semenanjung Malaysia yang tiada kaitan sama sekali dalam agenda pengautan kekayaan dari Malaysia Timur di mana Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang lebih kaya dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia,” ujarnya.
Namun beliau optimis bahawa kesinambungan terhadap angin perubahan politik dalam pilihan raya ke-10 Dun Sarawak akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Semakin ramai rakyat yang sedar bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa menentukan masa depan Sarawak. Masa akan menjadi saksi keruntuhan pemerintahan feudalistik PBB-BN Sarawak,” katanya.

No comments
Post a Comment