Timbalan KSU Belia dan Sukan didedah khalwat

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/04/salim-237x300.jpg
KUALA LUMPUR: Individu yang dikatakan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat datuk yang ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun didedahkan sebagai Datuk Salim Parlan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau sebelum ini dilapor ditangkap khalwat di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringghi, awal pagi 17 April lalu. Kedua-duanya ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan pegawai polis yang melakukan intipan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Sebelum ini siasatan dikatakan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan jika disabitkan kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Salim pernah memegang jawatan tinggi di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.