Kesan kempen Kenyalang
19 APRIL — Tidak ada siapa pun, kecuali segelintir penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat, yakin kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak boleh ditumbangkan dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.
Malah, awal-awal lagi pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah menyuarakan hasrat untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di Bumi Kenyalang itu kerana beliau sedar Sarawak memang merupakan negeri kubu kuat BN.
Sebagaimana biasa, apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac lalu, gendang perang mula dipalu. PKR, DAP dan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat turut ghairah dengan sentimen rakyat negeri yang mula bosan dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang terlalu lama memerintah.
Bukan sahaja lama memegang kuasa, persepsi rakyat terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa pucuk pimpinan juga membuatkan Pakatan yakin dengan kekuatan yang ada untuk melakukan kejutan di Sarawak.
Daripada keyakinan itu, walau pun tanpa sebarang kekuatan fizikal di segi jentera pilihan raya dan tenaga kerja, para pemimpin Pakatan mula berkempen siang dan malam di kota dan desa serta pedalaman.
Pemimpin besar Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menawan hati pengundi dan pemerhati politik dengan karisma ceramahnya yang setakat ini belum ada sesiapa pun yang mampu menandinginya.
Sehingga ramai yang cukup yakin dengan kata-kata semangat Anwar bahawa menafikan dua pertiga majoriti bukan sahaja mampu dicapai; kerajaan BN Sarawak juga boleh ditumbangkan.
Dalam sidang akhbarnya yang terakhir di Kuching sebelum hari mengundi, Anwar memberitahu wartawan: “Kami sangat optimistik, kami bergerak menjangkaui (matlamat menafikan majoriti dua pertiga BN), kami bergerak untuk menafikan monopoli BN di negeri ini.”
Sudah tentu mereka yang yakin penuh dengan kata-kata penuh semangat Anwar kecewa apabila BN kekal dengan majoriti dua pertiga; malah PKR hanya mampu meraih tiga kerusi sahaja. Hanya DAP dengan kempen “underdog” berjaya memenangi 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya – kejayaan dua kali ganda daripada pilihan raya negeri 2006.
Patah hati dan kecewa Pakatan Rakyat. Namun, kembali berpijak di bumi yang nyata, ahli dan penyokong Pakatan seebnarnya tidak perlu terlalu hiba kerana matlamat asal cuma mahu memenangi lebih dari tujuh kerusi yang dirampas pembangkang dalam PRN 2006.
Sejak awal tahun ini, andaiannya ialah jika Pakatan menang lebih 10 kerusi pun sudah cukup untuk memberi isyarat jelas kepada Taib Mahmud yang sudah lama bermaharaja di Sarawak. Cumanya apabila dirasuk bahang kempen pilihan raya, naik semangat tak tentu hala sehingga ada yang yakin dapat menumbangkan BN Sarawak.
Memang getir bagi Pakatan bertanding pilihan raya. BN sejak azali telah menghalalkan pengunaan jentera dan agensi kerajaan untuk berkempen bagi pihaknya. Media arus perdana pula setia berkhidmat sebagai suara rasmi BN. Pihak Pakatan juga mendakwa BN mengamalkan beli undi dan ugut pengundi. Dan ini akan tetap diteruskan oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Syukur kerana bagi pihak Pakatan, para pemimpinnya rela menerima keputusan dalam saingan yang tidak adil dan tidak demokratik ini.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali selaku pengarah pilihan raya PKR mengakui bahawa jentera pilihan raya parti tidak tersusun dan tidak kukuh. Beliau turut mengakui bahawa partinya hanya mula bergerak serius tiga bulan sebelum penamaan calon.
Kejujuran Azmim membuat pengakuan terbuka itu harus dipuji. Ramai sedar PKR sering terbabit dalam kancah perebutan kuasa dalaman, dan Sarawak juga tidak terkecuali. Kemelut ini sering membantutkan perancangan politik serta kelancaran program bersama dengan sahabat-sahabat Pakatan.
Sesal dahulu pendapatan, dan tidak terlambat untuk PKR serta Pakatan untuk kembali berbincang mencari jalan baru, atau setidak-tidaknya idea lama yang perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Walau pun gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Sarawak, proses pilihan raya di Bumi Kenyalang itu telah memberi pengajaran serta persediaan kepada Pakatan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ghairah dengan kejayaan BN di Sarawak, mungkin PRU akan diadakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Ini bermakna Pakatan terpkasa berhempas pulas untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya.
Jika Najib terlalu berwaspada, kemungkinan besar PRU hanya akan diadakan tahun depan. Ini memberi lebih masa untuk Pakatan bersiap sedia walau pun ia juga bermakna ada kemungkinan masa tambahan ini bakal disalahgunakan untuk mencipta masalah dalaman baru seperti berebut jawatan dan tohmahan sesama pemimpin.
Dengan menyahkan sama sekali angan-angan menawan Sarawak, hakikat semasa menunjukkan Pakatan mencatatkan kemenangan tidak rasmi di Bumi Kenyalang. Masih ada senyum dalam tangis buat Pakatan.
Buat kali pertama, PKR yang mula bertapak di Sarawak sejak sedekad yang lalu berjaya menembusi kubu BN dengan memenangi tiga kerusi. Sebagai parti muda, ia petanda yang baik.
Jika diimbas kembali, DAP memgambil masa hampir 20 tahun untuk memenangi kerusi DUN Sarawak apabila menawan tiga kerusi pada 1996 setelah bertapak sejak 1978 – walau pun menang dua kerusi Parlimen di Sarawak dalam PRU 1982.
Begitu juga kejayaan Pakatan menghakis undi popular BN daripada 63 peratus kepada 55 peratus dalam PRN Sarawak. Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, PRN itu menunjukkan Sarawak bukan lagi simpanan tetap untuk BN kerana peralihan undi kira-kira 8 peratus itu mampu menjejaskan prestasi parti pemerintah dalam PRU akan datang.
Menurut sumber-sumber yang berkempen dalam PRN Sarawak pula, sentimen anti-Taib dan marah dengan pentadbiran BN negeri sememangnya benar, cuma para pengundi cemas dan takut di saat-saat akhir akan teraniaya selepas pilihan raya jika undi mereka diketahui orang BN.
Isu kitab Bible Bahasa Melayu, isu kalimah Allah, isu premium tanah dan tanah adat serta isu pembahagian kekayaan sumber hasil negeri memang jelas dan menyakitkan hati pengundi. Namun rasa takut menyebabkan ramai tidak berani mengubah pola pengundian mereka yang diamalkan sejak zaman berzaman.
Apa pun, sebagaimana yang Anwar suarakan selepas PRN Sarawak: “Walau pun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan demokratik”.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan perlu meningkatkan usaha tanpa berputus asa untuk “pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihan raya yang akan datang”.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

No comments
Post a Comment