PAS, PR perlu kikis label parti bermusim
Oleh: Mat Zain Mat Isa
Menepati ramalan berbagai pihak, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak untuk penggal kesepuluh dijadualkan berlangsung dua minggu lagi. Tarikh itu hampir menggenapkan tempoh lima tahun untuk penggal sekarang. PRN Sarawak yang lalu diadakan pada 20 Mei 2006.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 16 April, manakala penamaan calon pada 6 April nanti.
Meski pun proses penamaan calonnya belum berlalu, bahkan kesemua parti bakal bertanding belum memuktamadkan nama-nama calon yang akan dipertaruhkan, bahang pertarungan itu telah pun dirasai. Masing-masing pihak bukan sahaja memperkemas segala persiapan yang patut, malah telah mula mempertajamkan serangan psikologi kepada parti lawan.
Sudah tentu dalam keadaan parti-parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat, terutama dengan SNAP, ruang untuk BN mengorak langkah ke arah kemenangan dirasakan lebih mudah. BN bukan sahaja bergerak selaku parti pemerintah negeri, malah turun dengan segala keperluan dikerah kerajaan Pusat.
Sebab itu belum pun tarikh berkaitan PRN itu dimuktamadkan, rakyat Sarawak sudah pum mula dicurahkan dengan berbagai nikmat ‘segera’. Sudah ada jalan raya dibina, rumah dan jambatan dibaiki, bekalan air diusahakan, dan berbagai lagi tindakan yang tiba-tiba berjalan lancar.
BN sekali lagi cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa ia pemerintah yang prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat. Seolah-olah kesemua wakil rakyat BN selama ini telah berkhidmat dengan baik dan berusaha keras menangani serta menyempurnakan keperluan penduduk di kawasan masing-masing.
Betapa kesemua masalah yang menghimpit kehidupan seharian rakyat selama bertahun sebelum ini, tetapi tidak diambil peduli untuk diselesaikan, seakan tidak timbul lagi. Sedangkan itulah hakikat yang dibuktikan di sebalik kehadiran berbagai projek ‘segera’ oleh berbagai jabatan dan agensi kerajaan menjelang berlangsungnya PRN ini.
Logiknya, kalau kesemua atau sebahagian besar keperluan rakyat telah dipenuhi dan dilayani dengan sebaiknya selama sepenggal lalu, apa perlunya BN melonggokkan keprihatinannya di saat ini?
Malangnya, itulah yang setakat ini kekal menjadi modal paling bagus buat BN. Lebih memudahkan BN memanipulasi kuasanya ialah apabila berdepan golongan pengundi yang sukar membezakan manakah usaha yang betul-betul membela kepentingan mereka dan manakah yang dibuat semata-mata untuk memancing undi.
Berdasarkan keputusan beberapa siri pilihan raya umum dan PRN lalu, rakyat nampaknya belum sampai ke tahap mampu memikirkan betapa kehadiran projek segera itu sebenarnya suatu persendaan terhadap mereka. Bahawa BN seolah menggula-gulakan rakyat dengan limpahan kebaikan setiap kali berlangsung pilihan raya semata-mata demi meraih sokongan.
Itulah masalah utama setiap kali negara kita berdepan mana-mana pilihan raya. Bahawa tahap pemikiran pengundi kita masih belum matang. Mereka, terutama golongan luar bandar dan tidak begitu terdedah kepada maklumat lebih adil, akan hanya mengiyakan apa juga yang disuakan BN kepada mereka.
BN bijak memanipulasi sentimen pengundi setempat untuk menganggap BN sebagai penjaga mereka selama ini. Akuilah setakat ini BN dianggap berjaya mewujudkan persepsi dalam masyarakat untuk melihat parti-parti pembangkang sebagai “orang luar”.
Sentimen itu nampaknya sangat membugar dalam suasana PRN Sarawak kini. Bukankah itu intipati kenyataan pemimpin BN yang melabelkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai “jembalang dari Semenanjung”?
Setelah menggambarkan hanya BN yang selama ini turun padang, bergaul mesra, mengambil tahu dan menyelesaikan keperluan rakyat, ia melontarkan pula persoalan di minda rakyat, di manakah parti-parti pembangkang selama ini?
Bukankah itu antara persoalan yang dilontarkan sebagai senjata utama BN dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini? PR, khususnya PAS dianggap sebagai parti bermusim yang hanya turun menemui rakyat ketika berlangsungnya sesuatu pilihan raya. Sedangkan, BN mendakwa ia selaku kerajaan sentiasa berada bersama rakyat sepanjang masa.
PR, sama ada PAS, DAP mahu pun KeADILan tentu berdepan suasana sukar sekiranya dakwaan BN itu benar. Sekiranya para pemimpin kita memang jarang turun padang, tidak begitu kerap bermesra dengan rakyat bawahan dan sukar dilihat turun menyelesaikan apa-apa yang diperlukan penduduk, bagaimana mungkin kita menepis label diberikan BN itu?
Untuk itu para pendukung, terutama kepimpinan parti kita perlu mengorak langkah lebih bermakna merakyatkan perjuangan. Jadikan agenda mendampingi rakyat sebagai gerakerja utama, bukan hanya dipentas ceramah, tetapi di rumah dan di sawah.
Usaha menghulurkan kebajikan kepada rakyat jangan menunggu bergelar parti pemerintah. Sedangkan berbuat baik kepada orang itulah senjata utama menundukkan hati mereka.
Menjadi tabiat manusia, mereka akan lebih mudah menerima dan bersetuju dengan apa yang dicakap atau dibuat seseorang yang lebih mesra dan lebih terbiasa dengan mereka. Kalau lima tahun sekali, baru menjengah mereka, bagaimana kita harapkan mereka akan bersama mendukung perjuangan kita.
Mungkin agak terlewat untuk PR dan PAS memperbetulkan hakikat itu dalam menghadapi PRN Sarawak. Namun kita masih ada banyak masa sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13

No comments
Post a Comment