Selangor: Lagi kematian kuatkan cara siasatan SPRM perlu disemak
KUALA LUMPUR, 6 April – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata satu lagi kematian di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri dan hanya boleh disoal siasat pada waktu pejabat.
Oleh itu kata beliau, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha bagi memastikan pekeliling yang hanya membolehkan pegawai-pegawai kerajaan negeri disoal siasat pada waktu pejabat dan ditemani peguam dapat dikuatkuasakan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khalid berkata, pekeliling yang digubal pihaknya tahun lalu amat wajar ekoran dua kes kematian di premis SPRM termasuk terbaru pagi tadi.
Kes berkaitan dengan penguatkuasaan pekeliling itu, yang dicabar Peguam Negara masih di peringkat rayuan.
“Dan, kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi,” kata beliau lagi.
“Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemu duga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam,” katanya.
Malah dalam kenyataan itu, Khalid menambah, kerajaan negeri berharap kes hari ini adalah yang terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia.
Katanya, kerajaan negeri Selangor amat kesal dengan berita kematian Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane.
“Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd,” katanya.
Allahyarham merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam disoal siasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu.
“Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka,” katanya.
“Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.
“Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang,” kata Khalid lagi.

No comments
Post a Comment