Video seks: Kerajaan tidak telibat sebar di YouTube
KUALA LUMPUR 5 April – Polis tidak terlibat dalam memuat naik video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang ke laman web YouTube dan kerajaan juga tidak tahu menahu siapa yang bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Saya pun tak tau dari mana datangnya klip video dalam YouTube itu dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kepada saya bahawa ia juga bukan datang daripada pihak polis.
"Apa yang sebelum ini diberikan kepada polis, itulah yang merupakan perkara di dalam pengetahuan polis setakat ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat di sini hari ini.
Hishammuddin mengulas petikan video selama hampir dua minit itu yang ditayangkan di laman web tersebut dan beberapa blog sejak tengah hari semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata polis akan turut menyiasat petikan video itu yang dimuatkan di dalam laman YouTube secara menyeluruh.
"Kita akan menyiasat secara menyeluruh dan telus perkara ini,” katanya dalam sidang media yang sama.
Ismail berkata siasatan itu juga akan meneliti dan mengenal pasti individu yang terlibat memuat-naikkannya ke laman video itu dan blog-blog.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi melulu kerana siasatan ke atas kes itu sedang dijalankan.
"Saya pesan kepada orang ramai, jangan buat kesimpulan dan spekulasi anda sendiri, jangan membelakangkan undang-undang dan bertindak mengikut perasaan.
"Biarkan pihak polis menyiasat perkara ini, yang penting kita hanya mahu mencari kebenaran,” katanya.
Klip video pendek itu merupakan suntingan video yang telah didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara di sini.
Berikutan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - Bernama

No comments
Post a Comment