Catatan Secara Lansung Perbicaraan Anwar Ibrahim
Fitnah II: Pakar DNA Australia beri keterangan
(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Pakar DNA dari Australia, Dr Brian MacDonalds memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Berikut lintas langsung perbicaraan pagi ini.
9.05 pagi: Mahkamah mula bersidang dan Dr Brian MacDonalds, pakar DNA dari Australia mengambil tempat di kandang saksi.
Sesi soal balas dimulakan peguam Anwar, Ram Karpal Singh.
9.20 pagi: Dr Brian MacDonalds, pakar DNA dari Australia sedang membacakan CV beliau kepada mahkamah.
Di antaranya beliau adalah ahli International Genetics Society of Australia.
9.28 pagi: Ram Karpal mencelah dan bertanya tentang peranan makmal DNA kepada Dr MacDonalds.
9.37 pagi: Ram Karpal sekali-sekala mencelah bertanya tentang kertas-kertas ilmiah yang terdapat di dalam CV beliau.
9.43 pagi: Ram Karpal menarik perhatian Dr McDonalds kepada satu kes di Brunei yang beliau pernah dipanggil untuk memberi keterangan.
Ram Karpal bertanya samada kes itu ada kena-mengena dengan pencemaran sampel DNA dan Dr MacDonalds mengakui ada.
Menurutnya, tertuduh dalam kes itu dibebaskan mahkamah.
9.49 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Dr MacDonalds tentang peranan ujikaji terhadap DNA dalam siasatan forensik.
“Bolehkah anda beritahu kami dalam bahasa mudah bagaimana siasatan DNA membantu dalam siasatan forensik?” tanya Ram Karpal.
Menurut Dr MacDonalds, DNA terbahagi kepada ‘coding DNA’ dan juga ‘non-coding’ DNA.
‘Coding DNA’ dinamakan demikian rupa kerana ia mengandungi siri protein yang unik bagi setiap individu dan siri protein itu membentuk ‘kod’ yang dimaksudkan.
Kod itu adalah unik bagi setiap individu.
9.53 pagi: Dr MacDonalds menerangkan tentang empat kod DNA iaitu A, G,C,D yang boleh ditemui dalam mana-mana DNA manusia.

No comments
Post a Comment