Raja Petra menyebut – ada serangan ke atas NAJIB?
Laman web http://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/42964-ada-batu-rocky-dalam-selimut turut mendakwa Datuk Ahiruddin Atan – yang dikatakan pakar blog negara akan memulakan langkah menyerang Datuk Najib – PM kita hari ini. Tindakan ini sama dengan tindakan sebelum ini – menyerang dan membunuh kerjaya politik Pak Lah – menghambat beliau sehingga tergelincir dari kerusi PM. Hari ini Najib jadi sasaran.
UMNO punyai masalah. Masalahnya, laman-laman blog mereka mempunyai kekuatan untuk menyerang kepimpinan UMNO tetapi gagal membuat senario perubahan dalam politik negara khususnya untuk menjadi pemangkin kepada media alternatif yang memihak kepada pembangkang. UMNO punyai kepimpinan penerangan yang gagal berfungsi – melihat bahawa sekiranya blog itu menyerang Anwar Ibrahim – khususnya dengan kata-kata kesat dan kotor MAKA itu adalah laman yang akan di nobat sebagai laman pro UMNO dan mereka yang mengendalikan laman ini akan jadi wira UMNO. Kepimpinan ini tidak punya strategik khusus dan baik. Mereka lebih suka membuat percaturan untuk singkat – DAPATKAN KEPIMPINAN PEMBANGKANG MASUK UMNO DAN INI MENUNJUKKAN KEMENANGAN – hampas. Kepimpinan Tertinggi ini terseronok dengan cara ini – untuk menunjukkan mereka juga wira – bergambar dengan kepimpinan pembangkang yang menyertai UMNO dan memberi mereka ini pengiktirafan lebih dari ahli yang memang setia kepada UMNO. Mereka tidak bijak menggunakan laman sosial – media alternatif sebagai senjata membentuk idealisme dan membentuk penerangan sebenar – memulakan langkah yang lebih kemas dalam usaha menjajah minda dan persepsi rakyat di luar sana. Peneraju perang saraf UMNO – biar siapa pun termasuk mereka yang dalam label Penerangan UMNO masih tandus menyuarakan perencanaan untuk menjejaki aspirasi pengundi yang ada – membentuk persepsi politik yang sihat dan bermaruah dalam mengukuhkan UMNO sendiri.
Hari ini, Najib sendiri akan melihat bagaimana laman-laman pro UMNO yang mahir hanya untuk membelasah kepimpinan dalaman UMNO untuk cita-cita politik kepimpinan dalaman UMNO akan menjadikan beliau serangan baru. Mereka dijangka memulakannya dengan peneraju yang sama – dikatakan membelasah Pak Lah. Najib akan mula merasakan cubitan demi cubitan dalam serangan media alternatif ini dan tidak mustahil PM kita akan juga tergelonsor.
Umno Reform
No comments
Post a Comment