Jalur Gemilang Dan Negara Malaysia SDN. BHD.
Kesian aku kepada Pak Menteri berjiwa seni yang seorang ini. Setiap kali menjelang bulan kemerdekaan beliau akan mengajak segenap lapisan masyarakat mengibarkan bendera Malaysia. Malangnya, sambutan yang diterima tersangat dingin. Bahkan ada yang memperli lagi dengan menggantung bendera dengan kepala ke bawah seperti keluang yang bergayut pada dahan.
Sudah hilangkah semangat patriotisme di kalangan rakyat kita? Menggantung bendera di hujung rumah pun tidak boleh dilakukan? Kerjanya bukan sulit, bahkan semudah menggantung seluar dalam di tepi jendela. Gantung seluar dalam lagi susah. Seluar dalam boleh dijadikan tontonan ramai, kenapa tidak bendera negara? Malu sangatkah mengibarkan bendera di hujung rumah? Jikalau tidak susah, tidak malu, kenapa tidak digantungnya?
Hanya gantungkan saja, tidak perlu dikibar-kibarkan sebagaimana permintaan Pak Menteri. Kibarkan bendera biar jadi tugas angin. kita tidak bisa mengibarkan bendera selama sebulan lamanya. Sekejap-sekejap seperti menyambut ketibaan pemimpin tidak jadi masalah. Berbulan-bulan kibarannya biar diserahkan kepada angin.
Kenapa liat sangat? Ini mesti tiada semangat patriotisme?
Jikalau Tuah masih hidup, nescaya hulubalang Melaka ini akan bertempik: “Cis, ke mana hilangnya perasaan cintakan tanah air di hati kalian semua!”
Jikalau Mohamad Sabu mendengar, dia akan segera menyahut: Cis, pahlawan pondan, diamlah kamu!”
Berani sungguh Mohamad Sabu mengelar sahabat karib Jebat pahlwan pondan semata-mata dia serahkan bini kepada sultan yang ditaatinya dengan jiwa raga. Jikalau Jebat masih hidup, Jebat akan cabar Mohamad Sabu: “Cis, kamu mahu mati seperti aku?” Maka Jebat pun diampunkan dan tuduhan penderhaka ditarik balik kerana menengking Mohamad Sabu.
Semangat patriotisme masih ada di hati rakyat Malaysia. Semangat itu tidak pernah hilang, masih gilang gemilang seperti Jalur Gemilang. Malahan seratus kali lebih gemilang kerana Jalur Gemilang diberinya nama oleh Umno. Sedangkan gemilang semangat patriotisme di hati rakyat adalah semangat semulajadi. Apabila umno hilang gemilang, semua benda yang diberinya nama oleh Umno hilang gemilang. Semuanya jadi pudar, kusam dan masam.
Cuba seruan kibarkan bendera Malaysia tidak dilakukan oleh pemimpin Umno, aku yakin ramai yang akan kibarkan bendera. Atau kalau mahu kepastian, minta pemimpin Umno larang rakyat kibarkan bendera, katakan saja bahawa kibarkan bendera tidak perlu sama sekali, aku berani sumpah, seluruh bangunan di Kuala Lumpur dipenuhi bendera Malaysia. Kenderaan-kenderaan juga akan dihiasi bendera Malaysia. Bahkan orangnya pun akan berselimut bendera sepanjang hari. Silap-silap akan ada demontrasi perarakan bendera Malaysia setiap minggu sepanjang bulan Ogos. Asalkan tidak ada kaitan dengan kerajaan BN, semangat rakyat akan berkobar. Namun, apabila BN masuk campur, semangat pudar, kendur dan kecut habis.
Kenapa begini? Kerana rakyat benci pemimpin Umno-BN. Atau lebih tepat benci kepada dasar kerajaan BN. Apa-apa yang berkaitan dengan kerajaan BN atau dikaitkan dengan pemimpinnya, dibenci sehingga ke sum-sum tulang. Kerajaan BN dengan bendera dua perkara yang berbeza? Memang betul. tiada siapa membantah. dua perkara yang tidak sama. Satu di langit, satu lagi di bumi. Bendera lambang negara. Negara milik kita semua. BN parti politik. Parti BN tidak dianggotai semua rakyat.
Punca musibahnya kerana Umno-BN telah “menghakmilikkan” negara Malaysia. Rakyat umpama menumpang. Semua dasar ditentukan oleh BN walaupun BN pilihan rakyat. Rakyat memberi kuasa kepada BN. Akan tetapi setelahj berkuasa, BN lupakan rakyat. BN bina negara tanpa pedulikan kehendak rakyat seolah-olah rakyat tidak berhak ke atas negara mereka. Itulah punca segala kebencian rakyat kepada seruan Pak Menteri agar kibarkan Jalur Gemilang.
Oleh sebab tersedar akan punca inilah maka Perdana Menteri menyeru pemimpin BN mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dengan ikhlas. Seperti biasa, seperti BN era Mahathir dan Pak Lah, apabila sang ketua menyeru, maka bersahut-sahutan orang bawahan seruan tersebut. Cuma sahut-sahutan, kerjanya seperti biasa, tidak berjalan. Kalau berjalan pun sekejap saja umpama hangat-hangat pengantin baru. Sekali pancut, hilang hangatnya.
Aku pun rakyat. Aku bukan tinggal di gunung. Aku tinggal di kota yang mudah dihubungi, tetapi aku tidak pernah melihat kelibat pemimpin BN datang ke tempat aku. Mungkin tempat aku tidak disukai pemimpin BN. Aku pun telefon beberapa orang kawan. Jawapannya sama. Tempat mereka juga tidak pernah didatangi pemimpin BN. Mungkin secara kebetulan semua tempat itu tidak digemari pemimpin BN. Habis tempat yang bagaimana yang disukai? Sepengetahuan aku, setiap tempat ada pemimpin BN yang ditugaskan mendekati rakyat, tetapi tempat aku tiada?
Mungkin kedatangan mereka aku tidak ketahui. Aku bukan Tuhan yang bisa mengetahui semua perkara. Namun, kedatangan pemimpin ke sesuatu kawasan seharusnya dikhabarkan kepada semua penghuni kawasaan tersebut. Atau BN masih menggunakan modus operandi lama – memanggil kaum kerabat sahaja untuk berjumpa pemimpin agar peruntukan, jikalau dihulurkan, tidak perlu dikongsi terlalu ramai orang.
Cukuplah memperjuangkan perut sendiri. Perut rakyat juga harus diisi. Cukuplah melakar dasar berpandu pada kehendak parti dan pemimpin tertingginya, kehendak rakyat perlu diambil kira. Cukuplah menjadikan Malaysia negara “Sendirian Berhad” kerana rakyat juga berhak ke atas tanah air mereka.
Selagi BN tidak betul-betul menghayati seruan Perdana Menteri, tidak benar-benar melakukannya dengan ikhalas, bukan bendera Malaysia, tetapi bendera BN yang akan hilang tempat kibarannya.
http://satumalaysia.wordpress.com/2011/08/02/jalur-gemilang-dan-negara-malaysia-sdn-bhd/

No comments
Post a Comment