Si Yahudi, kambing hitam Rosmah dan Najib untuk cincin USD24 juta
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Seperti yang dijangka, misi pembersihan imej Najib Tun Razak sedang dijalankan; bermula dengan skandal isterinya Rosmah Mansur berhubung cincin berlian berharga USD24.4 juta. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai presiden pada pemilihan UMNO tahun hadapan.
Walaupun dijangka kita mungkin akan dikejutkan dengan pilihanraya pada Oktober atau November tahun ini, Najib kelihatan lebih risau mengenai kuasa yang ada padanya sebagai orang nombor satu apabila menyedari bahawa lebih banyak dikalangan pemimpin dalam UMNO dan juga BN gemar merujuk timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk nasihat setelah menyaksikan pelbagai kesilapan dari segi tadbir urus dan politik dalam pentadbiran beliau.
Para penganalisis politik rata-rata kesal dengan tindakan Najib yang memainkan sentimen menghentam Yahudi dalam usaha beliau untuk membersihkan imejnya. Walaupun berita mengenai cincin belian gergasi cukup memeranjatkan rakyat Malaysia, boleh dikatakan sebilangan besar rakyat yakin bahawa berkemungkinan pasangan ini mampu membelinya sungguhpun ia bernilai USD 8 juta.
Para penganalisis politik merujuk kepada beberapa siri skandal rasuah yang membabitkan Najib antaranya, skandal Scorpenes yang turut sama melibatkan Razak Baginda. Beliau didakwaan menerima bayaran komisen daripada vendor DCN dalam bentuk bayaran penyelenggaraan bernilai 114 Euro atau RM570 juta. Sudah tentulah USD 8 juta suatu nilai yang tidak seberapa untuk dibazirkan setelah mengambil kira skandal Scorpenes bukanlah satu-satunya yang beliau telah manfaatkan semenjak berkecimpung dalam arena politik di usia 22 tahun.
Bagaimanakah rekod jenayah Jacob membuktikan Rosmah tidak bersalah?
Sekarang, apa yang paling memualkan adalah cara media UMNO mengalih fokus kepada pemilik Jacob & Co, Jacob Arabo; seorang yahudi kelahiran Uzbekistan yang pernah dipenjarakan.
Pada tahun 1998, Arabo telah ditangkap oleh pihak FBI kerana dituduh memiliki barangan curi. Tuduhan itu kemudiannya digugurkan. Beliau kemudiaannya ditangkap semula oleh FBI pada tahun 2006 kali ini kerana pengubahan wang haram berjumlah USD270 juta (RM810 juta) untuk kumpulan mafia terkenal di Detroit, Black Mafia Family (BMF) dan juga kegagalan beliau melaporkan pembelian tunai yang benilai besar kepada Internal Revenue Service (IRS).
Di mata pengkritik, rekod jenayah Arabo membawa sedikit signifikans kepada pembersihan imej Rosmah dan Najib. Bagaimakah rekod jenayah Arabo dapat membuktikan bahawa mereka berdua tidak bersalah? Pemimpin Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya SPRM dibiarkan menyiasat secara bebas kes Scorpenes dan Altantuya Shaariibuu, pasangan pertama negara ini mungkin akan mendapati diri mereka turut dipenjarakan.
Perlu ditegaskan bahawa selama ini Najib menyangkal dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal Scorpenes dan mengatakan bahawa beliau tidak pernah sama sekali mengenali Altantuya. Jika benar, kenapa William Bourdon, seorang peguam dari Peranchis telah dihantar pulang sejurus sampai ke Malaysia untuk memberi taklimat mengenai perkembangan kes tersebut kepada klien beliau, Suaram dan beberapa pihak lain?
Rosmah sendiri telah berkataa “Saya tidak mahu berkata apa-apa mengenai perkara ini dan biarlah dia (blogger) berkata apa dia nak.” Rosmah menjawap pertanyaan mengenai cincin yang di ajukan kepadanya semasa lawatan beliau ke Kedah baru-baru ini. Beliau telah sebenarnya cuba mengelak daripada menyangkal dakwaan itu. Beliau kemudiannya cuba meraih simpati dengan mengatakan “Ini adalah fitnah tetapi apakah yang tidak pernah saya harungi? Saya sudah merasai segala-galanya. Jadi, lebih baik saya biarkan sahaja perkara ini dan fokus kepada isu lain yang lebih penting kepada rakyat.”
Tunding jari kepada yahudi sebagai jalan terakhir-cara Malaysia
Melihat kepada cara media UMNO mengalih perhatian rakyat hal lain, nampak gayanya satu plot baru sedang diatur untuk membersihkan nama Rosmah iaitu dengan mendakwa bahawa nama Rosmah telah digunakan tanpa pengetahuan beliau dalam skandal cincin tersebut. Nampaknya ketulenanan gambar yang diambil dari skrin computer pihak Kastam tidak menjadi isu. Salah satu daripada gambar skrin itu jelas mempamirkan nama beliau. (Skrol ke bawah).
Ini telah mencetukan minat sebuah media berpengaruh di Amerika Syarikat, ‘The Huffington Post’ untuk membuat rencana yang bertajuk “In Malaysia, when in doubt, blame the Jews”- ‘Di Malaysia, sekiranya ragu-ragu, salahkan Yahudi’.
Dalam rencana itu, Rabbi Abraham Cooper dipetik sebagai berkata, “Si Yahudi? Kebanyakkan rakyat di negara-negara gergasi ekonomi di Asia bekemungkinan tidak akan pernah bertemu dengan seorang Yahudi walau sekali dalam hidup mereka. Akan tetapi, Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang sangat berpengaruh dikalangan orang islam di kawasan pendalaman yang bergantung kepada media milik kerajaan untuk membentuk pandangan mereka mengenai senario dunia, yakin dengan amaran mengenai “plot yahudi’ yang akan melanda negara yang tiada Yahudi”
Jacob si tukang barang kemas, Fagin si pencuri
Sememangnya masa sudah sampai untuk pentadbiran Najib menutup tirainya atau ia akan terus mencalarkan imej negara di mata dunia. Sekarang, media yang dimonopoli UMNO dengan sesuka hati memanggil Arabo dengan nama “Jacaob the Jeweller” (Jacob Si Tukang barang kemas) sama dengan konotasi menghina “Fagin the thief”’, sebuah watak penjahat dalam cerita Oliver Twist karya Charles Dickens.
Komen bekas duta AS ke Malaysia, John Malott baru-baru ini; “Pentadbiran Najib sering tersilap langkah. Kepada masyarat dunia pertama, hal yang paling ketara adalah cara Najib menyembunyikan maklumat Scorpene pada minggu lepas. Penghataran pulang William Bourdon bukan sahaja terbatas kepada Kuala Lumpur dan Paris malah kesannya tersebar lebih jauh dari itu.
Kerajaan ini telah menghabiskan jutaan wang dengan firma perhubungan awam dan perunding pengurusan tetapi tetap juga tersilap langkah. Kesilapan terbaru adalah penghantaran pulang Peguam Perancis itu. Sekarang, buat pertama kalinya setiap maklumat skandal yang disembunyikan selama ini termasuk yang berkaitan model yang dibunuh oleh pengawal peribadi PM telah disebarkan oleh ‘The Washington Post’. Rakyat AS mula keliru dengan wajah sebenar Malaysia. Adakah Najib seorang pemimpin seperti yang dia sendiri canangkan?” Kata Malott dalam temuramah besama Malaysia Chronicle baru-baru ini. - Malaysia Chronicle

3 comments
TAK BANYAK PERKARA LUAR BIASA BERLAKU DALAM DUNIA SEKARANG. DI KELANTAN SYARIKAT YANG PALING BANYAK DAPAT KONSESI BALAK ADALAH SYARIKAT YANG RAPAT DENGAN YAHUDI.
MAKNANYA, NIK AZIZ DAN KELUARGA HIDUP MEWAH ATAS URUSNIAGA YANG BERKAITAN DENGAN YAHUDI...
oic..siluncai, tibe2 kluar pasal nik aziz nape?lari tajuk nampak..tp aku nak bahas ko punye statement bodoh tuu..ko penah pegi kediaman tok guru nik aziz?ko penah dtg klntn?ko penah bace sal skandal tok guru berdasarkan harta milik negeri?
setakat menulis blog cabuk tu xpayah nak melalut disini laa,98% ape yg ko tulis dlm blog ko tu, di tahap merapu lepas hisap gam.
blajarla dgn fakta dan ulum kitab, al-qur'an, jgn selalu "hisap" dari bontot pemimpin ke jalan jahanam kamu tu, sebelum terlambat..sekian.wassallam..
bila si pencacai mengomen dia akan mencarut seperti orang di atas ini..
Post a Comment