Isu Tajuk Berita Merapu. Adakah Polis Ambil Tindakan Kat Utusan?

Letupan: Polis perlu siasat 'sumber' Utusan, editor

Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 12 Jan: Pihak polis digesa menyiasat sumber diperolehi Utusan Malaysia yang menuduh insiden letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin lalu, berpunca dari peserta perhimpunan 901.

Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, laporan bertajuk “Peserta Bawa Bom” yang disiar di muka depan akhbar itu semalam, mendahului siasatan polis.

Ia juga ekoran kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh bahawa laporan itu adalah spekulasi Utusan semata-mata.

"Adalah sangat wajar pihak polis ‘mengheret’ wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut," kata beliau.

Menurut Xavier lagi, insiden letupan berkenaan juga dilihat amat serius dan memerlukan siasatan terpeinci dilakukan.

"Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di ‘orkestra’ kan dan telah dirancang terlebih awal oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ia bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa," ujarnya.

Katanya, hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan tertumpu membuat liputan kes mahkamah tersebut dan ia sedikit sebanyak menghakis kepercayaan pelabur asing terhadap pihak berkuasa.

"Letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orang ramai dan hartabenda, sekaligus ‘merobek’ kredibiliti dan ‘ketidakupayaan’ pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran," tegas beliau.

Pandangan sama disuarakan seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong yang turut mengecam laporan Akhbar Utusan Malaysia dan meminta pihak polis menyiasat dalang insiden letupan terbabit.

"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai.

"Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini. Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera," ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.