Isu Video Dewan Muslimat PAS. Kenyataan Media Siti Mariah Mahmud
MUSLIMAT DI HIMPUN 901- KEGEMBIRAAN MUSLIMAT DISENSASIKAN UTUSAN MALAYSIA
Hari ini akhbar Utusan Malaysia telah menghebahkan gambar dari rakaman You Tube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan DSAI dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS. Kegembiraan yang dizahirkan secara nyayian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong UMNO dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS. Satu kesinambungan usaha UMNO/BN untuk memburukkan PAS. Maka mereka cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.
Rakaman ini sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di HIMPUN 901 dan akan melihat rakaman tersebut diluar konteks peristiwa. Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka-mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun. Anak-anak muda ini menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim UMNO/BN. Rakaman ini diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.
Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam HIMPUN 901 dari awal hingga peserta HIMPUN 901 bersurai. Saya juga acapkali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat. Sesiapa yang ada bersama pada HIMPUN 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan DSAI. Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan DSAI diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yasin. Sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui ditempat perhimpunan. Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. (Ini semua tidak pula dimasukkan ke you tube). Selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan sepontan.
Tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat. Nyanyian pun dalam sekitar 10 minit. Memang semua yang hadir dari sebelum subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan DSAI. Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila nabi s.a.w sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan. Bukan saya nak menyamakan DSAI dengan Nabi s.a.w tetapi untuk mengatakan tidak haram disisi Islam untuk menyanyi dan bergembira yang tidak melampaui batas. Tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah. Kalau nak dipertikaikan melodi (yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah) yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama in digunakan oleh anak muda semasa berdemo. Mungkin yang kasar sikit ialah “MAMPOS UMNO”. Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi. Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa (Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam) yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad. Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini.
DMPP yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa. Ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat. Apalah “kesilapan” yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud yang dilakukan pimpinan UMNO/BN serta Fitnah I dan II terhadap DSAI?
Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat , bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati dengan perangkap UMNO/BN dimasa akan datang.
Siti Mariah Mahmud

1 comment
bab besalam2 tu belum jawab lg
Post a Comment