Khalid : Najib Perlu Dapat Fakta Sebelum Memfitnah
Oleh Mat Zahari Bin Ali
SHAH ALAM 7 JANUARI : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.
“Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda.” kata Khalid.
Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri
“Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.
“Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu,” kata Menteri Besar.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.
Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya
Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
“Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.
“Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun,” katanya.
Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.

No comments
Post a Comment