Konspirasi Umno terhadap Anwar pincang- Dr Muhammad Nur
(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 10 Jan: Keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan betapa pincangnya konspirasi yang dirancang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau menepis kenyataan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan itu telah membersihkan kerajaan dari dakwaan konspirasi.
Kenyataan sama turut dikeluarkan pimpinan Umno, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa keputusan mahkamah itu menunjukkan dakwaan konspirasi selama ini, tidak wujud.
Sebaliknya, kata Muhammad Nur, mahkamah tidak dapat menerima bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwa kerana perancangan yang dilakukan tidak sempurna dan pincang.
“Terbukti, konspirasi yang diatur sebegitu rupa dengan memperalat hampir segenap agensi kerajaan sejak sekian lama tetap gagal dan pincang.
“Mengapa? Kerana Najib dan para konsporatornya lupa Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yang bermaksud, “Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Beliau turut membidas kenyataan pimpinan Umno yang mendakwa kononnya keputusan mahkamah itu menunjukan sistem kehakiman negara sudah bebas.
“Kita akui hakim ada sedikit keberanian membuat keputusan namun nak kata sistem kehakiman bebas sepenuhnya belum tentu lagi.
“Mungkin mereka yang turut terlibat dalam konspirasi ini sudah muak kerana turut bersubahat walaupun mereka tahu kes Anwar ini tiada asaspun untuk melakukan pendakwaan,” tegasnya.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, yang dilihat konspirasi kedua terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.
Ia berikutan bukti-bukti yang dikemukakan peguam di mahkamah, termasuk pertemuan Saiful dan Najib beberapa hari sebelum membuat laporan polis mengaku diliwat.
Malah, keterangan saksi-saksi pendakwa juga dilihat tidak konsisten sepanjang lebih dua tahun perbicaraan itu berlangsung.

No comments
Post a Comment