Najib Diberi Kata Dua Oleh Geng Paderi? Macam Mana Dengan Islam?

Gereja gesa Najib: Hormati undang-undang, gugur polisi anti-Kristian

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Datuk Seri Najib Razak seharusnya menghormati undang-undang dengan menggugurkan perundangan dan polisi yang menjadikan Kristian sebagai mangsa birokrasi, menurut satu kumpulan yang mewakili 90 peratus gereja semalam.

Dalam kenyataan tegas mereka, kumpulan yang dikenali sebagai, Christian Federation of Malaysia (CFM) itu menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji semula perkembangan sistematik keagamaan yang menentang Kristian sejak setahun lalu.

Mereka turut menuntut Najib mengambil tindakan dan menghentikan cubaan tersebut untuk mengelakkan komitmen dan legasi kesederhanaan keagamaan beliau “hancur” dan “musnah”.

Bishop Anglican Ng Moon Hing, ketua CFM, menggesa Perdana Menteri untuk menubuhkan sebuah kementerian agama bukan Islam untuk menjamin keselamatan dan memelihara hak dan keinginan bukan sahaja untuk Kristian, malah Buddha, Siks, Taoisme, dan Hindu.

“Kami berharap agar akan ada perundingan untuk menghormati struktur dan operasi kementerian tersebut,” katanya. Tambahnya lagi, ini adalah langkah pertama sebagai pemimpin Kristian yang tidak naif untuk meletakkan isu agama akan dapat diselesaikan tanpa komitmen dan penyertaan daripada seluruh kementerian dan organisasi kerajaan.

Ng, yang juga merupakan ketua Anglican Barat Malaysia, menggesa Najib untuk menarik balik larangan penggunaan perkataan “Allah” yang turut merujuk kepada tuhan mereka.

Katanya, Kristian keseluruhannya telah dijadikan mangsa oleh golongan dengan “pembacaan terpilih Perlembagaan Persekutuan yang berniat menggunakannya untuk mendikriminasikan undang-undang yang memihak kepada satu komuniti sahaja,”.

Tambahnya lagi, Kristian sekarang tidak mempunyai pilihan melainkan dengan mengetengahkan isu ini memandangkan ianya merupakan jalan terbaik supaya kerajaan mengambil tindakan.

Beliau juga menambah, ketua gereja sudah letih bermesyuarat dengan “pihak kementerian tertinggi” Putrajaya dan melihat tiada tindakan yang diambil untuk menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan secara tersusun, cepat dan efisien.

“Perkara ini dilihat berleluasa dan sangat berbeza dengan apa yang diharapkan terjadi dengan realiti sebenar.”

“Polisi kesederhanaan yang diamalkan dilihat tidak ditapis mengikut setiap peringkat kerajaan,” katanya, selepas satu jam bersama perdana menteri keenam negara semalam.

Kerajaan turut membangkitkan isu berkenaan pernyataan untuk menjanjikan komitmen penuh dan perundingan berkenaan isu Kristian bermula dengan misi sekolah, pendidikan Bible dan pengecualian cukai untuk menubuhkan organisasi yang berkaitan dengan pemulihan hubungan dengan gereja.

Mereka menyatakan hak organisasi ini telah musnah setelah hak mereka menggunakan perkataan “Allah” telah dinafikan meskipun mahkamah telah memutuskan mereka menang di dalam kes tersebut.

No comments

Powered by Blogger.