Terkini Dari Kami! Gambar Sesi Taklimat Pakatan Rakyat Kepda Duta Dan Diplomat






Sebentar tadi telah berlangsung sesi taklimat khas kepada para duta dan diplomat negara asing mengenai hala tuju dan masa depan Pakatan Rakyat selepas keputusan perbicaraan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.

Taklimat yang dihadiri hampir kesemua duta dan perwakilan asing termasuk dari Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali dan singapura.

Taklimat disampaikan oleh Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken di hadapan puluhan hadirin dalam suasana kawalan ketat oleh pasukan keselamatan hotel.

Di samping itu, kelihatan puluhan anggota polis Cawangan Khas (SB) berpangkat kanan dilihat merayau-rayau di sekitar hotel dan juga di lobi.

William Leong yang menjelaskan berkata, Pakatan Rakyat tidak hanya ditadbir oleh seorang pemimpin sahaja, kerana pakatan itu berasaskan fahaman konsensus (muafakat) di antara ketiga-tiga parti yang berbincang kesemua isu sebelum mengeluarkan pendirian bersama.

Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua, para diplomat juga diberikan penjelasan berhubung sistim perjalanan Pakatan Rakyat termasuk struktur organisasi dan strategi perlaksanaan sebelum sesi soal jawab diadakan.

Ternyata para diplomat sangat mengikuti perkembangan Pakatan Rakyat termasuklah isu fitnah liwat Anwar Ibrahim yang bakal diketahui Isnin nanti.

Antara pemimpin lain yang hadir, Azmin Ali, Nurul Izzah, Sivarasa Rasiah dan Zuraida Kamaruddin.

Anwar turut meneliti fakta-fakta dan penerangan yang disampaikan khas kepada para perwakilan.

Kini, sedang berlangsung taklimat oleh Sivarasa yang juga peguam Anwar berkenaan perjalanan kes fitnah liwat yang berakhir bulan lalu.

Sivarasa mengupas bagaimana pertuduhan cacat dikenakan serta bukti yang sangat mencurigakan termasuk sampel air mani yang boleh diterima mahkamah walaupun lebih 96 jam berada di luar kawalan.

Kesemua yang hadir memberikan respon baik dan ada yang berbual dengan Ketua Pembangkang sendiri tentang kupasan isu dan lain-lain.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjonr8nTgF_j95IDxFsPonIs2bDdI9V6ZUHaTKXrXpwxuVB-VUymUnf1qbzATHr3eGxsyCS0MQZ5EjevD0ALR0rRquft3bMWbgV5pul8R3z-ShZZ9iOqKm4yfLe2Vqn3IjVO3CJzinqgtEK/s1600/Anwar+Bebas+Poster+01.jpg

No comments

Powered by Blogger.