Terkini? Hasan Ali Dipecat Dari PAS?

Hasan Ali Dipecat Dari Pas?

Mesyuarat Jawatan kuasa Pas hari ini dikatakan telah mengambil keputusan memecat Hasan Ali (Hasan Akidah) dari Pas. Keputusan itu dicapai sebulat suara.

Bagaimana pun Hasan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulamak.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Demikian berita baru yang saya terima sekejap tadi. Pas dijangka akan membuat sidang akhbar berhubungan pemecatan Hasan dan beberapa keputusan lain.

Dari Facebook Tuan Guru Nik Aziz

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Alhamdulilah,selesai mesyuarat JK Pas Pusat sebentar tadi. Di dalam perjalanan menuju ke Kajang, insya Allah akan menghadiri majlis kutipan derma PAS Kawasan Putrajaya.

No comments

Powered by Blogger.