Menghina mahkamah atau mahkamah yang hina?
Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
KES seorang bekas imam, Hoslan Hussin yang dikenakan hukuman penjara setahun atas tuduhan menghina mahkamah hakikatnya memburukkan lagi imej mahkamah negara ini.
Sebagai peguam saya tidak boleh menyokong perbuatan melemparkan kasut ke arah hakim. Berdasarkan perundangan perbuatan itu secara prima facie adalah satu penghinaan kepada mahkamah dan mahkamah sudah tentu mempunyai kuasa untuk mengh u ku m o r a n g y a ng melakukan kesalahan tersebut.
Namun, ada beberapa perkara yang saya kira mahkamah di negara ini sendiri perlu perhatikan sebelum senjata menghina mahkamah digunakan oleh mahkamah ke atas mereka yang hadir di hadapannya.
Antara perkara yang perlu diperhatikan mahkamah adalah adakah ia boleh menjamin mana-mana orang atau litigan (litigant) yang datang ke mahkamah benar-benar percaya dan yakin mahkamah di negara ini boleh memberikan keadilan kepada mereka.
Bercakap tentang keadilan terdapat satu kata-kata yang masyhur iaitu “keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan tetapi keadilan juga mesti dilihat benarbenar ditegakkan.” Mahkamah yang lebih menitikberat isu prosedur daripada substan/merit sudah tentu bukan tergolong dalam mahkamah yang dilihat serius menegakkan keadilan.
Tidak semua litigan yang hadir di mahakamah berupaya mendapatkan khidmat peguam bagi sama ada menyokong tuntutannya atau mempertahankan dirinya daripada tuntutan orang lain ke atasnya. Dalam keadaan seperti itu sudah tentu mahkamah sewajarnya tidak seharusnya terlalu ‘rigid’ dalam isu prosedur yang umumnya gagal difahami oleh mereka yang tidak diwakili peguam seperti Imam Hoslan.
Mahkamah juga perlu sedar bahawa telah menjadi pengetahuan umum mahkamah di negara ini dilingkari oleh banyak insiden yang menyebabkan terhakisnya kepercayaan orang ramai terhadap sistem keadilan di negara ini.
Insiden-insiden seperti kes video Lingam, kes Ayer Molek, kes Ketua Hakim bercuti dengan peguam di New Zealand, kes bekas Hakim MahkamahTinggi yang menulis surat layang yang mengandungi 112 tuduhan salah laku dan rasuah badan kehakiman, kes pelantikan Ketua Hakim yang pernah menjadi anggota Badan Disiplin Umno, kes tuduhan hakim memplagiat penghakiman hakim dari negara luar, kes bekas Ketua Hakim Negara mengarahkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Kamil Awang untuk membatalkan petisyen pilihan raya Dun Likas, kes mahkamah melibatkan rampasan kuasa di Perak dan beberapa insiden yang lain telah menyebabkan pendarahan yang terlalu banyak berlaku ke atas badan kehakiman negara ini sehingga menyukarkan luka ke atas badan tersebut untuk sembuh seperti sedia kala.
Pendedahan terbaru oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah tentang campur tangan eksekutif ke atas badan kehakiman hakikatnya mengesahkan lagi tentang kebobrokan sistem kehakiman negara ini.
Bekas Ketua Hakim Negara, Almarhum Tun Suffian pernah menyatakan tentang badan kehakiman negara ini dengan kata-kata berikut: “Kita hanya perlu mengambil tempoh satu hari untuk merosakkan sistem atau badan kehakiman namun kita memerlukan masa lebih satu abad untuk membangunkan semula sistem atau badan kehakiman yang telah rosak itu.”
Ya, Umno telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk antara lain menyiasat video kes Lingam namun sehingga kini tiada suatu tindakan pun diambil bagi membawa mereka yang terlibat dengan perkara tersebut ke muka pengadilan. Kegagalan kerajaan Umno untuk mengambil tindakan ke atas insiden-insiden yang saya sebutkan di atas mengakibatkan rakyat tidak percaya kerosakan kepada badan atau sistem kehakiman telah pulih atau dilihat pulih.
Meskipun pelbagai mekanisme diperkenalkan di mahkamah bagi tujuan mempercepatkan proses perbicaraan di mahkamah, ia bukan satu penawar yang universal bagi menyelesaikan isu yang melanda badan kehakiman.
Masalah kelewatan proses perbicaraan adalah hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar yang melanda badan kehakiman.
Krisis yang paling besar dan serius dilanda oleh badan kehakiman adalah krisis keyakinan orang ramai terhadap integriti dan kebebasan mutlak badan tersebut.
Hukuman setahun penjara ke atas Imam Hoslan selepas beliau meminta maaf di atas kesilapannya adalah terlalu keras mengambil kira semasa beliau melakukan perkara tersebut beliau tidak diwakili peguam dan dalam keadaan dan suasana yang agak tertekan bagi beliau.
Hakikatnya, satu paradoks berlaku di dalam insiden baling kasut ini.
Mahkamah nampaknya berpandangan hukuman penjara satu tahun adalah satu hukuman yang setimpal bagi memulihkan kembali maruah dan integritinya ke atas mereka yang cuba menghina kewibawaan mahkamah.
Bagi Imam Hoslan pula beliau mungkin berpandangan hukuman yang paling berkesan bagi memberi pengajaran kepada mahkamah adalah dengan membaling kasut sebagai manifestasi betapa hinanya mahkamah di Malaysia sehinanya tapak kasut imam berkenaan.
Hakim-hakim di Malaysia sewajarnya peka dengan nasihat seorang hakim Israel yang menyatakan: “When you sit to judge you are indeed being judged.” (Ketika kamu duduk menghakimi, hakikatnya kamulah yang sedang dihakimi).

No comments
Post a Comment