Anwar tidak gentar disapina ke mahkamah


Mar 30 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Ahmad Fadli KC)

BANGI 30 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah gentar dan mengelak untuk hadir ke mahkamah jika diperintahkan berbuat demikian.

Menurutnya, beliau sudah lali dengan taktik Umno yang cuba menyekat kemaraan politiknya dengan membuatkan beliau turun naik ke mahkamah dan jugda ianiaya polis.

Namun, beliau enggan menerima satu perintah sapina yang diserahkan kepadanya di bangunan Parlimen semalam kerana tidak dimaklumkan dengan jelatentang kes itu.

"Saya disapina ke mahkamah. Saya tak terima sebab saya tidak tahu kes apa," kata Anwar merujuk kepada agensi Bernama yang melaporkan berita itu.

Berita itu menyebut Anwar diminta hadir sebagai saksi pembela dalam satu prosiding sivil melibatkan kemudahan pinjaman bersindiket RM445 juta sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Defendan dalam kes itu adalah seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe. Pada tahun 1998, Low dikenakan perintah undang-undang oleh Hong Leong Finance Berhad untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM28 juta.

Low bagaimana pun mendakwa beliau diminta bertindak sebagai penama untuk urusniaga pinjaman bersindiket itu oleh dua orang, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah.

Low berkata Mohd Faiz Abdullah pada masa pinjaman itu dibuat mendakwa dirinya bertindak bagi pihak Anwar selaku Menteri Kewangan.

Dalam ceramahnya di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bangi semalam, Anwar sempat menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang enggan menjadi saksi Fitnah II sehingga ke akhir perbicaraan.

"Saya tahu nama saya Anwar Ibrahim, pantang dicabar. Dipanggil ke mahkamah aku pergi ke mahkamah.

"Ingat aku macam pemimpin kamu? Ingat aku Najibkah?" soal Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

No comments

Powered by Blogger.