Gabungan Cuepacs kecewa SPBA dimansuh
Oleh: NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), salah satu gabungan Cuepacs, kecewa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan dan menganggap keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, sebagai satu langkah mengundur ke belakang.
Setiausaha Agung MTSU, Samuel Devadasan berkata, SPBA sebelum ini lebih menjanjikan satu sistem gaji yang lebih menarik, tidak seperti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sudah lama diguna pakai.
"Telah menjadi pendirian Cuepacs selama ini untuk menamatkan SSM dan kami difahamkan satu MoU antara Cuepacs dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah ditandatangani pada 28 Disember lalu.
"Kami mahu pihak-pihak yang terlibat mendedahkan isi kandungan MoU berkenaan kerana difahamkan pakej yang dibincangkan lebih menarik," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.
Beliau berkata, MTSU merayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar SPBA dikekalkan dengan penambahbaikan supaya borang opsyen, memilih antara SPBA dan SSM, yang ditandatangani Januari lalu dihormati.
"SPBA telah memberi semangat baru kepada ramai penjawat awam. MTSU berharap agar SPBA dapat dilaksanakan dan SSM dibatalkan," katanya.
Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pembatalan skim SBPA.
1 comment
itulah penjawat awam dari kacamata umno,,ditipu hidup2,dipermainkan seprti bola,,apa yang dibuat baru2 ini hanya kokok saja,,kununya kerajaan perihatin dgn kakitangan awam,,jom tolakk bn,bila lagi,,,ubah sekarang,,ABU!!!!
Post a Comment