Sultan Selangor perkenan rasmi Sidang DUN


Mar 19 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Norutul Ilham)

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan merasmikan pembukaan mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Selangor (DUN) ke-12 tahun 2012.

Upacara perasmian itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan isteri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sidang DUN akan bermula bersidang esok hingga 30 Mac ini. Baginda Sultan tiba di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 9 pagi.

Selepas muzik dimainkan, Tuanku Sharafuddin memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Terdahulu, Abdul Khalid berkata, antara isu yang akan diberi perhatian adalah keadaan kewangan negeri yang semakin meningkat termasuk program-program pembangunan yang bakal dilaksanakan untuk rakyat pada tahun ini.

Menurut laporan Jabatan Kewangan Negeri Selangor, simpanan tunai kerajaan negeri bertambah lebih 26 peratus dan secara terkumpul melebihi RM1.9 bilion sehingga hujung 2011 berbanding kurang RM500 juta pada 2007.

No comments

Powered by Blogger.