Kita Kelantan tidak sokong Zaid bertanding
KOTA BHARU - Anggota dan pucuk pimpinan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kelantan tidak akan memberi sokongan jika Datuk Zaid Ibrahim bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Kita Kelantan Zakaria Salleh berkata ini kerana Kita Kelantan tidak mengiktiraf Zaid sebagai Ketua parti tersebut dan menyifatkan segala pergerakannya atas sifat peribadi, bukan parti.
"Kita tidak boleh menerima pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dalam politik dan berjuang untuk kepentingan diri," katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Zaid yang dilapor ingin bertanding di kawasan Parlimen Kota Baharu yang pernah dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004.
Katanya, Kita Kelantan juga memberi sokongan kepada Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan presiden parti daripada Zaid. - Bernama
No comments
Post a Comment