Bapa DAFI Penipu Rakyat Malaysia?

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/579451_410561098956770_100000086506684_1680365_486600136_n.jpg

Petrol dinegara kita ada dua gred....RON97 dan RON95....harga RON97 ditentukan oleh pasaran yang diapungkan tanpa subsidi RM2.90sen seliter....harga RON95 yang kini disubsidikan RM1.09sen sepertimana yang dikatakan oleh bapa Dafi, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, berharga RM1.90sen seliter... bermakna jika tidak disubsidi harga petrol RON95 gred yang lebih rendah dari RON97 ialah RM2.99sen seliter....NAMPAK SANGAT PENIPU MENTERI UMNO NI WEI!!!!!!!!.....


Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95 - Ismail Sabri

BERA: Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga atau memberhentikan pemberian subsidi minyak petrol RON95 walaupun harga minyak mentah semakin meningkat di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.

"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.

Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RO N95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.

Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.

Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.

"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.

"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.