Pembaca berita Alhijrah kena marah di facebook sebab fitnah Abby Abadi.

Wowwwwww....

Ramai sungguh yang serang selebriti dan pembaca berita alhijrah Finaz Yunus gara2 dia mengeluarkan beberapa statement yang tidak tepat mengenai abby abadi. Antara statement2 tersebut ialah ;



Beria2 dia cakap abby menghina orang apa seme. Alamak aii.. kalau muncul di pentas pas tak semestinya bercerita pasal pas dan tak semestinya berceramah oke. Ramai gak orang salah faham sekarang neh. Dorang ingat kalau artis bercakap atas pentas politik terus dicop sedang ;

1. Berceramah bab agama.

2. Bercerita pasal politik.

Sedangkan tak semestinya. Contohnya cam kes Aishah dan Abby Abadi. Dorang cuma share pengalaman berhijrah. Takan share pengalaman berhijrah di anggap sebagai berpolitik dan ustazah ekpress pula? Kita faham kalau bab ceramah agama terutamanya bab hukum apa seme hanya mereka2 yang ada kelayakkan jek layak.

Tapi apa yang Abby buat ialah dia share pengalaman berhijrah sambil2 mengajak ke arah kebaikan. Bukan pepandai nak tunjukkan diri tue terlebih2 baik dan apa seme. Bukan juga untuk berpolitik maki hamun dan berlagak lebih alim berbanding orang lain. Tapi sekadar nak bagitau perubahan yang dah dia alami.

Cuba jangan fikir negatif. Banyak jek artis yang masuk umno dan bn. Bahkan siap bercakap atas pentas politik dan bercakap pasal politik pula tue. Kalau yang tue boleh direspect pasai pa Abby Abadi tak boleh pula?

Kemon, tunjukkanlah kematangan anda. Dan aku pun sama gak seperti mereka2 yang komen di wall finaz kat bawah neh. Apa bukti Abby Abadi telah maki hamun ketika berkongsi pengalaman dia berhijrah di atas pentas pas? Sila kemukakan bukti, kalau takde tue maksudnya fitnah sis... lue fikirlah sendiri.





Wall finaz kini sedang diasak dan diserang bertubi2. Klik sini. Harap2 dia tak ban orang larh pas neh. Wakakaka..

http://www.ehgosip.com/2012/07/pembaca-berita-alhijrah-kena-marah-di.html

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam


Hasrizal Abdul Jamil

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.


Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.


1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.
2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.
3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.
4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah


Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

1 comment

LogamHitam said...

Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.<--- aduhai, nie lg sorg. Ustaz aper yg x start2 nie? kalau backup abby jer sure pas. aper bangang ustaz sorg nie. wey, aku liberal ler tp kalau liberal x bole backup org ker kalau dah 1 pihak lg dah buat slh? Blaja maner ustaz nie? masalah skrg si finaz tu fitnah org, patut ler kena mrh pun. sblm mrh org dah tegur tp dier buat lg status2 bongkak dier. ramai lg manusia kat luar tu yg x reti agama, apsal xmo hentam sekor2... nie biler org nak berubah jd baik jer mcm2 citer dibuat, mcm2 citer lama diungkit. baik panggil sami ckp ler kalau mcm nie, at least sami pun tau maner yg btl maner ke x. ader ustaz2 skrg pun asyik nak backup umno/bn dan pencacai...

Powered by Blogger.