Sempena Kehadiran Perdana Menteri: Orang Bangi Janganlah Dinilai Dengan Sebungkus Nasi Lemak & Secawan Kopi !



BBB, 18 Sya`ban 1433 = 08 Julai 2012 (Ahad):

Pagi ini Dato` Seri Najib Tun Razak PM akan singgah di Pasar BBB untuk minum pagi bersama orang ramai sebelum ke upacara merasmikan bangunan Percukaian Negara (sudah lama diguna, baru nak buka !) di Teras Jernang, BBB. Sehari dua ini pihak berkuasa sebok membersih kawasan yang menjadi laluan dan persinggahan Dato` Seri Najib dan pasar sendiri dibersih dan dibaiki mana yang rosak..Segala lambang Pas di tiang dibuang dan digantikan dengan banner ``Janji Ditepati`.

Khabarnya setiap gerai di Pasar BBB diberi peruntukan RM500 dan siapa yang datang boleh makan di mana-mana gerai dengan nilai RM2.00 sekadar cukup untuk sebungkus nasi lemak dan secawan kopi 0. Kiranya yang dimakan lebih dari RM2.00, maka lebihan ditanggung sendiri oleh pembeli ! Demikianlah pemurahnya Perdana Menteri kita kepada rakyatnya dengan memberi makan minum percuma ! Tapi dari apa yang didengar, peniaga hanya akan menjual percuma semasa PM ada dan akan menarik balik makan percuma sebaik PM pergi. Ini tentu tidak menepati janji sebagaimana PM orang yang menepati janji. Begitulah beliau mau penjual hari ini menepati janji.

Bercakap tentang sifat pemurah ini, pada hari Jumaat lepas (6 Julai), semasa Adun pulang dari solat Jumaat, seorang professor yang sudah.pencen sengaja menunggu Adun di tepi jalan bagi memaklumkan sesuatu katanya,

``Anak saya yang baru graduate dan bekerja sebagai guru sementara di Puchong dimaklumkan dengan pekeliling terbaru, ``Semua guru sementara tidak kira apa kelulusan, hanya akan dibayar elaun RM54 sehari bagi hari bekerja sahaja.`` katanya,

``Ini bermakna anak saya dapat dalam lingkungan RM900 sebulan dan tidak cukup bagi minyak kenderaan dan makan minum.`` Dengan marah beliau menyatakan,

``Kerajaan kurang wang, kerana murahnya Najib, menabur wang di sana sini yang setengahnya tidak wajar dan membazir. Mereka yang sepatutnya berhak seperti guru & pelajar tidak diberi perhatian. Dan tidak mendapat pembelaan. Jika duit yang dihabiskan secara boros melibatkan berbilion ringgit, sebenarnya lebih bermanfaat dengan membantu guru-guru & pelajar-pelajar.`` katanya.

Tentang ketiadaan wang ini, seorang pensyarah Maktab Perguruan memberitahu, ``Kerajaan sekarang kesempitan kewangan, kerana menabur duit secara tidak berhemah.`` Menurutnya , pelajar-pelajar yang membuat diploma perguruan dijangka tidak lagi ditanggung oleh Kerajaan, sebaliknya mereka kena pinjam seperti pinjaman PTPTM. Jika mereka lulus tidak menjamin mereka menjadi guru.`` Tetapi skim ini dijangka tidak akan dilaksanakan sebelum Pilihanraya ke 13. Namun ini mencerminkan betapa kerajaan Federal kekurangan wang akibat dari perbelanjaan tidak berhemah.

Pada satu majlis jemputan perkahwinan Adun didekati oleh seorang jemputan dan bertanyakan tarikh pilihanraya. Bila Adun jawab tidak pasti dan kemungkinan pada Mac tahun depan, beliau menambah, ``Sebenarnya kerajaan BN sekarang salah strategi dan dalam keadaan serba salah. Mereka telah berbelanja melalui BRIM dan kemurahan-kemurahan yang lain berbilion-bilion ringgit, tetapi masih belum berkeyakinan. Janji mau beri BRIM kedua sudah tak ada kewangan, nampaknya janji tidak ditepati !.`` Dengan nada marah ahli jemputan kahwin itu berkata, Duit siapa yang dibelanja berbilion-bilion ringgit ? Bukan duit dia, tetapi duit rakyat ! Dia tidak amanah dan tidak mengendalikan kewangan secara berhemah.`` Dia lantas membuat spekulasi,

``Misi tanpa visi BN ialah berhabis-habisan menggunakan kewangan Negara, jika untung sabut timbul, jika malang batu tenggelam,`` tambahnya, ``Misi BN menang pilihanraya semata-mata. Jika menang mereka akan menggunakan hasil bagi melunaskan boros perbelanjaan yang dilakukan dan jika kalah, maka bebannya akan ditanggung oleh yang mengambil alih pemerintahan.``

Kepada penduduk Bangi, jangan terpedaya dengan berbagai tektik dan cara orang yang dalam kecemasan. Janganlah gadai maruah dengan hanya sebungkus nasi lemak dan secawan kopi ! Selamatkan Negara kita dari kebankrapan !

Sekian.

No comments

Powered by Blogger.