Anwar mula aksi di Parlimen, persoal RUU DNA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari pertamanya di Persidangan Dewan Rakyat dengan bertanya soalan berkaitan perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang mengangkat sumpah kira-kira jam 10 pagi, sekali gus dilantik Ketua Pembangkang bangun selepas Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mencelah perbahasan Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja).

Beliau bertanya sama ada Majlis Peguam masih badan yang 'mempunyai kredibiliti' untuk memberikan pandangan berhubung rang undang-undang itu selepas pelbagai kontroversi berhubung badan peguam itu.

Mempertahankan pandangan Dr Siti Mariah bahawa pendapat badan peguam itu perlu dirujuk dalam merangka rang undang-undang itu, Anwar secara sinis bertanya ahli dewan tidakkah kerajaan yang korup lebih rendah kredibilitinya berbanding badan peguam itu.

LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments

Powered by Blogger.