1malaysia...mana perkasa?mana budak uitm?mana pukida?woi mana pembela melayu?

Pemilikan 30% ekuiti bumiputera dimansuh

KUALA LUMPUR 30 Jun – Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.


Penguasaan asing dalam syarikat broker ditingkat 70 peratus

KUALA LUMPUR 30 Jun – Had kepentingan asing dalam syarikat-syarikat pembrokeran akan ditingkatkan kepada 70 peratus berbanding 49 peratus sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan itu selaras dengan usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan penyenaraian.

Menurut beliau, pelbagai perubahan besar dalam industri pembrokeran saham telah mengukuhkan pemain-pemain domestik dan meluaskan skop dalam aktiviti-aktiviti pasaran modal.

Katanya, pembabitan asing yang menggalakkan melalui pelbagai skim lesen khas telah memperbaiki persaingan dalam industri tersebut termasuk rangkaian global dalam pasaran modal Malaysia.





Sapa kata kaum bumiputera tidak mampu bersaing??

Syabas Najib. Kejayaan yang anda perolehi ini tidak pernah dikecapi oleh PM² sebelum ini.

No comments

Powered by Blogger.