Kenapa Kerajaan Kedah Tak Rujuk Rakan Dalam PR?

DAP Pusat akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan langkah DAP Kedah yang memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Sementara itu beberapa pihak melihat tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan YAB Ustaz Azizan Abd Razak bukan sesuatu tindakan yang bijak terutama di saat kita sedang menghadapi pilihanraya Manek Urai.

"Kenapa kita beri modal untuk UMNO/BN untuk menyerang pakatan Rakyat ketika ini." keluh seorang ahli PAS di Kedah.

Sementelah lagi kita tidak sepatutya mengikut cara UMNO BN menyelesaikan sesuatu isu yang sensitif seperti langkah Khir Toyo merobohkan kuil dan surau di Selangor yang telah mengakibat kekalahan besar parti UMNO BN di Selangor.

"Bangunan tersebut tidak bersalah. Ia boleh ditutup, disamak (dibersihkan) dan kemudian digunakan untuk tujuan lain. Kenapa perlu ambil tindakan merobohkan? Banyak sangatkah duit kerajaan Kedah untuk bina bangunan baru?" bentak seorang ahli PAS yang lain.

"Apakah ini penangan dari isu Kerajaan Perpaduan yang taksub kepada bangsa?" tambahnya.

Seorang forummer di Tranungkita Online, ajai, turut mempersoalkan tindakan MB Kedah tersebut.

Terkejut juga aku tengok Edisi 7 NTV7 tadi (antara berita yang tepercaya berbanding RTM dan TV3) bila Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah/Perlis umum tarik diri dari PR Kedah. Namun demikian, bila aku lihat sikap Azizan Razak, MB Kedah, aku jadi tak hairan pun bila ada yang tak puas hati. Azizan ni lagak dia memang macam keras kepala sedikit dengan satu geng pun dia buat tak berapa peduli.

Ini berbeza dengan Khalid Ibrahim, MB Selangor walaupun ada yang kritik sikap degil dia, tapi hati batu dia pada UMNO dan penyelewengan bukan pada rakan dalam PR. Bila rakan dalam PR bersuara, dia dengar dan pertimbangkan.

Pandangan aku, walaupun PAS boleh mentadbir Kedah sendirian (majoriti mudah saja pun), jangan angkuh. Tidak perlu mendabik dada dengan Kelab Penyokong PAS yang bukan Islam tu sebab PAS perlu kepada PKR untuk meneutralkan imej totok parti itu kepada golongan pertengahan dan sekular, serta perlu kepada DAP bagi meneruskan arus sokongan Cina dan India. Yang paling penting, imej pada peringkat negeri melambangkan imej pada peringkat pusat.

Kedah tak macam Kelantan, minoriti bukan Islam besar juga bilangannya. Kalau PAS Kedah berkeras nak laksanakan dasar-dasar dia saja tanpa merujuk pada rakan dalam PR atas sebab merasakan yang mereka boleh memerintah sendirian, ingatlah... kalau nak perintah sendiri setakat majoriti mudah saja, tak lebih. Sikap begini langsung tidak memperkasa sebaliknya meranap imej PR sebagai gabungan untuk semua bangsa dan agama.




1 comment

Anonymous said...

Benda yg terang lagi bersuluh. Takkan benda macam ni pun nak rujuk pusat. kalau macam tu tak yah jadi Chief la. Bagi kami rakyat Kedah, bangga dgn sikap MB yg tegas. Tempat tu bukan ade lesen dah operasi lebih 20 tahun. Tahu mcm mana dia org "sembelih" babi tu? Mula2 panaskan air hingga mendidih, lepastu campak babi...menjerit2lah....dgn bau busuknye...cuba depa buat tempat tu dlm kawasan kamu? amacam?

Powered by Blogger.