9 tempat undi di buka pada jam 9 pagi tadi!

MANEK URAI, 14 Julai - Kira-kira sejam lagi mulai 8 pagi, semua 9 tempat mengundi dengan 4 saluran akan dibuka bagi membolehkan 12,293 pengundi berdaftar keluar mengundi di pilihan raya kecil Manek Urai menunaikan hak masing-masing, hari ini.


Pengundi terutama kakitangan kerajaan dan swasta dijangka keluar mengundi seperti biasa pada sebelah pagi dan tengah hari berikutan hari ini adalah hari cuti umum di sini.


Keadaan cuaca pada pagi ini adalah cerah dan baik tetapi diramalkan mendung pada sebelah petang selepas dua hari lalu hujan pada sebelah petang.


Pilihan raya kecil Dun Mnek Urai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon
PAS yang diwakili, Mohd Fauzi Abdullah, 50 dan Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Man, manakala tiada calon Bebas yang menawar diri bertanding.


Kedua-dua calon tidak mengundi hari kerana kedua-duanya pengundi di Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil.

No comments

Powered by Blogger.