Munajat perdana, penutup siri kempen PAS

SUNGAI SOK, 14 Julai - PAS menutup siri kempen mereka dengan bermunajat dan memohon pertolongan dari Allah selepas 6 hari berkempen meraih sokongan dan kepercayaan pengundi-pengundi di Manek Urai.


Menurut urusetia penganjur, program munajat ini bertujuan sebagai pengisian rohani kepada masyarakat terutamanya petugas-petugas agar mendapat kekuatan dan keyakinan serta bertawakkal bagi setiap keputusan pilihanraya selepas penat berusaha.


Ustaz Badrul Amin yang menyampaikan tazkirah pada majlis itu menyeru orang ramai untuk meluruskan hati dalam perjuangan kerana hanya hati yang bersih sahaja mampu menewaskan musuh dan bukannya dengan senjata mahupun harta yang akan habis. "Tidak guna pembangunan sahaja, kerana pembangunan akan runtuh tanpa islam didalam hati," tambah beliu merujuk kepada kes stadium runtuh di Terengganu.


Beliau juga memuji semangat pengorbanan semua petugas yang sanggup datang berkempen walaupun sedar mereka tidak akan mendapat habuan duniawi, pangkat mahu pun harta. "Kemenangan calon dalam pilihanraya ini bukanlan kemenangan calon mahupun PAS tetapi merupakan kemenangan Islam", .ujar beliau


Mengambil semangat daripada sirah peristiwa Israk dan Mikraj, beliau mengingatkan hadirin untuk mempertahanan kebenaran walaupun dicemuh dan mempertahankan Kelantan sebagai kubu Islam yang terakhir.


Masjid Zikri malam tadi bergema dengan alunan zikir dan munajat dari hampir 200 orang jemaah yang hadir.


Sementara itu, satu majlis yang sama juga dimaklumkan telah diiadakan serentak di Manjor.

No comments

Powered by Blogger.