Chegu Bard: PEWARIS sengaja Cari Kecoh?


Pasukan 'taktikal' yang menyusun BERSIH telah berjaya memperdaya Polis yang bercita - cita menggagalkan himpunan BERSIH sebelum pilihanraya lalu dengan keganasan. Himpunan BERSIH berjaya diadakan dengan 'bersih' dan lancar. Polis hari tersebut seolah 'terkedu' dengan taktik jalanraya yang boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh demontsran tempatan.

Hampir pasti ramai antara pasukan 'taktikal' itu telah dipanggil semula untuk menjayakan Himpunan anti ISA 1 Ogos ini. Mungkin panik dengan perkembangan itu dan takut malu dimainkan sekali lagi Regim Bn telah menggunakan sekumpulan NGO upahan mereka untuk membuat kecoh.

Mereka yang dikenali sebagai Pewaris ini bukanlah ramai sangat, kumpulan yang sama pernah muncul beberapa kali dan juga pernah diberi kebenaran dan kerjasama oleh Polis untuk berarak tengah Kuala Lumpur namun tetap gagal mengumpulkan ramai.

Kali ini mereka sekali lagi kononya menggunakan hak berhimpun mereka (walaupun mereka inilah yang kata demonstrasi bukan budaya kita) akan cuba membuat gangguan. Mereka sedar tidak akan mampu turun ramai. Apa yang mereka cuba lakukan ialah harapkan perhimpunan tersebut dibatalkan atas alasan takut bergaduh.

Percayalah tidak akan ada berlaku pergaduhan, pasukan keselamatan kita telah sedia mengawal segala bentuk kontroversi dan dengan jumlah kita yang jelas beratus kali ganda dari mereka pasti mereka juga akan menyuruk di belakang polis nanti.

Jika Pewaris boleh bertindak matang dalam menyuarakan pendapat biar sahaja 1 Ogos kita berhimpun dan mereka yang punya perlindungan Regim Bn termasuk PDRM pilih saja mana - mana hari yang mereka suka yang lain untuk melawan jumlah mobilisasi. Kita sudah merancang lama, kumpulan NGO upahan ini hanya memutus malam semalam untuk berhimpun 1 Ogos juga, bukankah itu sesuatu yang memang berniat iri hati dan jahat ?

Apa pun di seru kepada semua pencinta keadilan dan pejuang rakyat ayuh kita turun beramai - ramai untuk bersama di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini. Hasrat utamanya ialah untuk mendesak dihapuskan ISA, ia himpunan kuasa rakyat....turunlah atas apa jua jeritan rakyat. Boleh saja ia lambang protes terhadap kematian Teoh Beng Hock, isu Bahasa Melayu, kenaikan harga Minyak (September), Kenaikan Tarif Elektrik (Ogos), Kenaikan Harga Tambang, Isu tanah atau apa sahaja....asalkan turun dan tunjukkan kuasa rakyat.

(sila klik baca berita berkaitan di Malaysiakini)

No comments

Powered by Blogger.